Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Sunday, December 18, 2011

Facebook Timeline kenapa anda perlu tukar sekarang?

12/18/2011 02:58:00 PM
6 comments
Facebook Timeline atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud kronologi dalam facebook profile sedang hangat diperkatakan. Facebook timeline mula diperkenalkan pada hujung bulan September 2011 kepada pembuat pembuat aplikasi facebook. Facebook timeline kemudian berkembang dan boleh dicuba oleh pengguna biasa “yang bijak ” dengan hanya beberapa langkah melalui penggunaan sistem aplikasi facebook.

Facebook timeline pada asalnya boleh diubah pada keadaan asal kini tidak lagi boleh ditukar sesuka hati. Sekiranya anda sudah menukar profile ke facebook timeline. Ia akan kekal dan tidak boleh ditukar kembali. Bermula 8 Disember, profile pembuat aplikasi facebook dan ahli biasa yang pernah menggunakan facebook timeline ini telah bertukar secara automatik. Hal ini kerana facebook telah mengumumkan penggunaan facebook timeline ini secara meluas bermula pada 22 Disember 2011. Pengumuman ini diumumkan lebih awal kerana terdapat pro dan kontra semasa menggunakan facebook timeline ini.

Pengguna facebook diingatkan agar menukar kepada facebook timeline dan ubah setting sekarang. Facebook timeline membenarkan seseorang untuk melihat segala status anda dari hari pertama anda menggunakan facebook. Jadilah antara yang terawal menggunakannya kerana anda perlu membiasakan diri untuk menggunakan facebook timeline ini dan untuk mengelakkan anda terlupa mengubah privacy anda apabila tiba hari yang ditetapkan pada iaitu pada 22 Disember 2011 nanti.

Fungsi terbaru facebook ini sedikit sebanyak memberikan impak yang besar kepada pengguna facebook timeline. Bagi yang telah pun menggunakan facebook timeline ini, ada yang menyukainya dan ada juga yang tidak. Tetapi pengguna tetap tiada pilihan untuk menggunakan fungsi yang asal kerana facebook ada kuasa mutlak untuk menukar apa sahaja biarpun sehingga menutup laman web itu sendiri.

Penggunaan facebook timeline ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan profile yang asal. Sekiranya status anda kelihatan kecil pada profile, anda masih boleh membesarkannya dengan memilih fungsi featured. Anda juga boleh sembunyikan status yang tidak mahu dipaparkan, serta membuang mana mana yang tidak perlu. Sekiranya anda mahu membuang masa, anda boleh scroll ke bawah profile dan melihat status status anda yang lama lama dan ketawa sendirian =p .

Keburukan facebook timeline ini adalah seperti pendedahan kepada status lama-lama anda yang boleh juga membawa kepada pergaduhan atau prasangka buruk teman teman yang melihatnya [ terutama yang sudah berubah ]. Privacy seseorang seperti diketepikan sama sekali sebelum anda sendiri perlu setting kembali privacy tersebut. Adakah facebook ingin mengikut jejak langkah MySpace iaitu melakukan beberapa perubahan yang tidak bermanfaat dan akhirnya pengguna lari menggunakan platform social networking yang lebih baik?

Kelebihan facebook timeline ini, anda boleh memaparkan “cover” atau banner yang terletak pada bahagian paling atas profile itu. Saiz cover yang baik adalah berukuran 851px x351px. Penggunaan cover ini sedikit sebanyak meredakan pengguna yang tidak menyukai facebook timeline ini pada awalnya. Penambahan cover ini seolah-olah anda mempunyai laman sendiri seperti di dalam blog.

Contoh-contoh cover yang kreatif dari pengguna facebook:








Nak lihat contoh facebook timeline dan bagaimana facebook timeline berfungsi? Anda boleh lihat di sini. Apa pendapat anda tentang facebook timeline. Share dengan rakan anda atau beri pendapat pada ruang komen di bawah.
Baca Selanjutnya - Facebook Timeline kenapa anda perlu tukar sekarang?

Saturday, October 8, 2011

30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahu

10/08/2011 06:03:00 PM
0 comments
fesbuk 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahu

facebuk+%25282%2529 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahu


Baca Selanjutnya - 30 Fakta Facebook yang anda mungkin tidak tahu

Sunday, October 2, 2011

Fakta Facebook

10/02/2011 03:31:00 PM
0 comments
Assalamualaikum pembaca semua. Sudah ada akaun Facebook? Kalau belum sila buat satu di sini [facebook].
Facebook bukan sahaja untuk bersosial, bahkan lebih daripada itu. Ada orang yang jumpa kawan lama yang sudah 20, 30 tahun tak jumpa, dan ada juga yang kaya raya buat duit dengan facebook. :)

Di bawah ini saya kongsikan sebahagian fakta mengenai Facebook, yang saya rasa sangat menarik untuk dikongsikan.
  1. Pengguna Facebook di Malaysia adalah seramai 11,418,429 orang.
  2. Malaysia berada di kedudukan ke-17 daripada 213 negara.
  3. Hanya ada 20 orang pengguna facebook di Vatican City dan Aland Islands.
  4. Indonesia berada nombor dua di belakang United States dengan jumlah 40,418,860 orang pengguna berbanding 155,746,780.
  5. Kira-kira 43.65% daripada rakyat Malaysia mempunyai akaun facebook.
  6. Pavilion Kuala Lumpur merupakan tempat paling banyak check-in di Facebook, dengan 58,912 check-ins.
  7. Golongan lelaki mewakili 54% daripada pengguna Facebook di Malaysia.
  8. Airasia merupakan jenama yang paling banyak FANS di Malaysia, diikuti dengan McDonalds Malaysia.
  9. Eminem merupakan artis yang paling banyak FANS, diikuti Rihanna, dan Lady Gaga.
  10. Cristiano Ronaldo merupakan ahli sukan yang paling ramai FANS, mendahului Lionel Messi dan yang lain-lain.
sumber~ socialbakers

Sebenarnya ada banyak lagi statistik dan info yang menarik mengenai Facebook, mungkin korang boleh godek-godek sendiri. :)
Baca Selanjutnya - Fakta Facebook

Monday, March 14, 2011

10 tips melayari facebook dengan selamat

3/14/2011 11:08:00 PM
0 comments
Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada pelbagai kebaikan dan keburukan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.

Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

1. Fikir dulu mengenai siapa yang anda nak add ataupun approved kerana anda mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.

2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk anda privatekan sesuatu yang anda tak mahu orang lain tahu mengenai anda.


Baca Selanjutnya - 10 tips melayari facebook dengan selamat

Facebook alat jerat seks

3/14/2011 11:05:00 PM
0 comments

Satu lagi jenayah cyber yang menggunakan facebook sebagai medium. Hati-hatilah menggunakannya. Jangan ada pula yang menjadi mangsa berikutnya….Abuaqil

---------------------------------

MANILA: Polis Filipina semalam berkata, Facebook dan laman sesawang sosial lain kini digunakan penjenayah seksual untuk menjerat mangsa, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jenayah.
Jurucakap polis Filipina, Agrimero Cruz, berkata ketika ini pihak berkuasa menyiasat bagaimana penjenayah seks menggunakan Facebook atau mesej teks dari telefon bimbit untuk mempengaruhi orang ramai, terutama remaja, untuk dijadikan mangsa.

“Mereka mempunyai rangkaian, pengikut dan mempelawa remaja untuk menyertainya.

“Kemudian mereka mempengaruhi mangsa supaya terbabit dalam aktiviti seksual,” katanya.
Baca Selanjutnya - Facebook alat jerat seks

Lelaki kena asma lihat foto kekasih di facebook

3/14/2011 11:03:00 PM
0 comments
LONDON: Sekumpulan doktor Itali memberi amaran rangkaian web sosial, Facebook juga boleh memberi kesan buruk kepada penghidap asma.

Gennaro D’Amato dan rakannya merawat seorang remaja berusia 18 tahun yang diserang asma ketika memasuki akaun Facebook dan terkejut apabila melihat ramai lelaki yang menjadi rakan bekas teman wanitanya.

Lelaki terbabit mengambil dua jenis ubat sedut steroid beberapa kali sehari untuk mengawal asmanya. Tetapi apabila teman wanitanya meninggalkan beliau dan enggan menerimanya sebagai rakan dalam Facebook, keadaan beliau semakin teruk.
Baca Selanjutnya - Lelaki kena asma lihat foto kekasih di facebook

Sunday, March 6, 2011

Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100

3/06/2011 05:38:00 PM
0 comments
Status Hukum Skim Infinity Downline @
Login Facebook Dapat RM 100
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
infinity3.jpg
Bertalu-talu orang bertanya berkenaan skim perniagaan Infinity Downline dan ada juga yang menamakannya dengan ‘Login Facebook dapat RM100 hari-hari'. Sebenarnya saya amat skeptic dengan skim-skim sebegini malah amat muak lagi jemu untuk menelitinya kerana pada kebiasaannya hasil penelitian akan menunjukkan semua itu adalah sama sahaja cuma diubah sedikit di sana dan sedikit di sini. Oleh kerana itu, saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbang melihat betapa mudahnya umat Islam di Malaysia dikelirukan dengan skim seperti ini, padahal telah berkali-kali dijelaskan konsep dan asas untuk menilai halal dan haram dalam skim sebegini.  

Padahal, helah pihak-pihak penganjur skim tersebut amat jelas dan terang. Pun begitu mereka masih mampu mengelirukan umat Islam kita. Saya berdoa agar kita semua mampu lebih rajin untuk berfikir  dan lebih cekap dalam memperbezakan antara skim-skim sampah dan emas permata.
Bagi menunaikan amanah Allah, selaku khalifah Allah di atas muka bumi, untuk menyeru kepada kebaikan, melarang kemungkaran, saya berusaha untuk mencari celah-celah waktu yang ada untuk diwaqafkan kepada umat Islam bagi menyediakan jawapan bagi soalan skim Infinity Downline yang ditanyakan ini.
Beberapa perkara perlu dikaji dalam hal ini dan saya akan nyatakan secara ringkas findings dan pandangan saya. Oleh kerana skim ini menawarkan sesuatu yang agak mudah, maka tidak sukar untuk memahaminya. Secara ringkas dan padat adalah seperti berikut:- 

1.     Latar belakang syarikat dan web
Menyemak website utama Infinity Downline (selepas ini digunakan singkatan ID) melalui ‘whois', seorang pengkaji persendirian mendapati, web ini tidak menyertakan info yang mencukupi tentang pemiliknya. Berikut adalah hasil kajiannya.

Domain "Whois"
The Whois information for a website lists the owner and their contact information. The owner of "Infinity Downline" has purposely made their Whois information private. While not always a bad thing, this could mean they have something to hide. (rujuk http://www.imreportcard.com/biz-opps/infinity-downline)
Meneliti web utama ID juga menunjukkan kita tidak mempunyai sebarang akses kepada nama pencipta dan pengurusan penuh syarikat ID, malah sebarang komunikasi juga hanya melalui kotak khas soalan yang disediakan. Ini jelas ciri sebuah skim cepat kaya yang sentiasa berjaga-jaga dari mendedahkan identiti kepada pihak berkuasa.

Penilaian saya: Ia jelas satu unsur gharar yang menjadikan skim ini haram pada pandangan Islam. Manakan tidak, sekiranya web tersebut ditiadakan, semua sistem yang digunapakai oleh ahli dalam menyemak bayaran dan lain-lainnya turut hilang. Justeru mendedahkan diri kepada situasi perniagaan sedemikian adalah ditegah di dalam Islam.

Bagi pihak yang mempertikaian hujjah ini, sedarilah hujjah utama saya bukan isu pada kredibiliti whois atau selainnya tetapi adalah web infitintydownline.com sendiri yang tidak mempunyai sebarang pengenalan syarikat yang mencukupi. Semuanya syarikat 'sampah' yang bersedia menghilangkan diri apabila sampai waktu. 

Jika sesiapa merasakan kesimpulan saya dalam hal keraguan latarbelakang syarikat itu salah, saya amat hargai jika anda dapat memberikan nama pengurusan lengkap dan nombor lesen syarikat di Malaysia dan USA serta pejabat dan nombor telefon land line yang valid untuk dihubungi serta (bukan seperti maklumat contact yang ada pada web tersebut, yang mana kita perlu meninggalkan info untuk dihubungi mereka). Selain itu, jangan lupa berikan link dan bukti bahawa info yang diberi itu sahih dan berdaftar dengan pihak berkuasa di negara terbabit. Tanpa semua itu, whois atau tidak tidak penting, yang penting semua info tadi TIDAK WUJUD!. Itu point utama saya, jika ingin berhujjah, sila matikan hujjah saya yang pokok bukan yang ranting.

Baca Selanjutnya - Status Hukum Infinity Downline @ Login Facebook Dapat RM100

Dosa-Dosa & Facebook

3/06/2011 05:24:00 PM
0 comments
Dosa-Dosa & Facebook
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
 
facebook-logo.jpg 
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
 
1)   Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
 
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka.  Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami  serba salah.
 
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
 
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
 
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu  jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

Baca Selanjutnya - Dosa-Dosa & Facebook

Berhati-hati Dengan Status Facebook Anda!

3/06/2011 04:22:00 PM
0 comments
Banyak di antara kamu yang memakai akaun Facebook menyantumkan status ‘engaged’ atau ‘in open relationship’. Tidak jarang di antara mereka ada yang mengaku aktivis dakwah dan sering mencantumkan dalil-dalil bagaimana seharusnya bergaul dalam Islam. Tapi anehnya ketika sampai pada mengisi status kondisi masih lajang atau menikahnya seseorang, banyak di antara mereka yang masih belum tahu bagaimana Islam mengaturnya.

‘Engaged’ atau tunangan itu tak ada dalam Islam. Yang ada adalah ”khitbah,” yaitu pengajuan proposal menikah pada perempuan atau walinya. Ini pun tak boleh diumumkan dulu sebelum mendekati hari H pernikahan. Tujuannya adalah untuk menjaga harga diri masing-masing pihak baik laki-laki maupun perempuan apabila ada perubahan rencana di kemudian hari. Kondisi khitbah adalah fifty-fifty alias terbuka peluang untuk lanjut atau putus di tengah jalan. Dengan menjaga kerahasiaan khitbah, kehormatan masing-masing pihak akan tetap terjaga apabila ternyata tidak bisa lanjut hingga ke pelaminan.

Baca Selanjutnya - Berhati-hati Dengan Status Facebook Anda!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...