Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Sunday, December 18, 2011

Facebook Timeline kenapa anda perlu tukar sekarang?

12/18/2011 02:58:00 PM
7 comments
Facebook Timeline atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud kronologi dalam facebook profile sedang hangat diperkatakan. Facebook timeline mula diperkenalkan pada hujung bulan September 2011 kepada pembuat pembuat aplikasi facebook. Facebook timeline kemudian berkembang dan boleh dicuba oleh pengguna biasa “yang bijak ” dengan hanya beberapa langkah melalui penggunaan sistem aplikasi facebook.

Facebook timeline pada asalnya boleh diubah pada keadaan asal kini tidak lagi boleh ditukar sesuka hati. Sekiranya anda sudah menukar profile ke facebook timeline. Ia akan kekal dan tidak boleh ditukar kembali. Bermula 8 Disember, profile pembuat aplikasi facebook dan ahli biasa yang pernah menggunakan facebook timeline ini telah bertukar secara automatik. Hal ini kerana facebook telah mengumumkan penggunaan facebook timeline ini secara meluas bermula pada 22 Disember 2011. Pengumuman ini diumumkan lebih awal kerana terdapat pro dan kontra semasa menggunakan facebook timeline ini.

Pengguna facebook diingatkan agar menukar kepada facebook timeline dan ubah setting sekarang. Facebook timeline membenarkan seseorang untuk melihat segala status anda dari hari pertama anda menggunakan facebook. Jadilah antara yang terawal menggunakannya kerana anda perlu membiasakan diri untuk menggunakan facebook timeline ini dan untuk mengelakkan anda terlupa mengubah privacy anda apabila tiba hari yang ditetapkan pada iaitu pada 22 Disember 2011 nanti.

Fungsi terbaru facebook ini sedikit sebanyak memberikan impak yang besar kepada pengguna facebook timeline. Bagi yang telah pun menggunakan facebook timeline ini, ada yang menyukainya dan ada juga yang tidak. Tetapi pengguna tetap tiada pilihan untuk menggunakan fungsi yang asal kerana facebook ada kuasa mutlak untuk menukar apa sahaja biarpun sehingga menutup laman web itu sendiri.

Penggunaan facebook timeline ini sebenarnya tidak banyak berbeza dengan profile yang asal. Sekiranya status anda kelihatan kecil pada profile, anda masih boleh membesarkannya dengan memilih fungsi featured. Anda juga boleh sembunyikan status yang tidak mahu dipaparkan, serta membuang mana mana yang tidak perlu. Sekiranya anda mahu membuang masa, anda boleh scroll ke bawah profile dan melihat status status anda yang lama lama dan ketawa sendirian =p .

Keburukan facebook timeline ini adalah seperti pendedahan kepada status lama-lama anda yang boleh juga membawa kepada pergaduhan atau prasangka buruk teman teman yang melihatnya [ terutama yang sudah berubah ]. Privacy seseorang seperti diketepikan sama sekali sebelum anda sendiri perlu setting kembali privacy tersebut. Adakah facebook ingin mengikut jejak langkah MySpace iaitu melakukan beberapa perubahan yang tidak bermanfaat dan akhirnya pengguna lari menggunakan platform social networking yang lebih baik?

Kelebihan facebook timeline ini, anda boleh memaparkan “cover” atau banner yang terletak pada bahagian paling atas profile itu. Saiz cover yang baik adalah berukuran 851px x351px. Penggunaan cover ini sedikit sebanyak meredakan pengguna yang tidak menyukai facebook timeline ini pada awalnya. Penambahan cover ini seolah-olah anda mempunyai laman sendiri seperti di dalam blog.

Contoh-contoh cover yang kreatif dari pengguna facebook:








Nak lihat contoh facebook timeline dan bagaimana facebook timeline berfungsi? Anda boleh lihat di sini. Apa pendapat anda tentang facebook timeline. Share dengan rakan anda atau beri pendapat pada ruang komen di bawah.
Baca Selanjutnya - Facebook Timeline kenapa anda perlu tukar sekarang?

Saturday, December 17, 2011

[GAMBAR] Perkahwinan Gay Ariff Alfian, Bukan Salah Ibu Mengandung

12/17/2011 04:05:00 PM
1 comments


Baru-baru ini seorang bapa meminta pertolongan pihak Utusan Malaysia untuk mengesan anaknya, Ariff Alfian Rosli yang gagal dihubungi sejak tiga tahun lalu.

Anaknya itu adalah pelajar perubatan di Dublin, Ireland.



Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Prihatin dengan keadaan itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berjanji akan terbang ke United Kingdom (UK) pada 23 Disember ini bagi bertemu dengan Kelab UMNO Luar Negara UK dan Ireland dalam usaha mengesan Ariff Alfian.

Muhd. Khairun berkata, buat masa ini, pihaknya masih mengumpul beberapa maklumat mengenai Ariff Alfian supaya usaha menjejaki pelajar terbabit dapat dilakukan.

Namun akhirnya disahkan Ariff Alfian berada dalam keadaan selamat di sana.

Duta Malaysia ke Ireland, Datuk Ramli Naam berkata, pihaknya maklum tentang kehadiran Ariff Alfian di negara itu sejak beliau masih dalam pengajian lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak kedutaan dan Wisma Putra tidak boleh mendedahkan maklumat terperinci bekas pelajar tajaan Petronas itu kerana menghormati Akta Data Perlindungan Peribadi Dublin.

Tetapi yang lebih mengejutkan, pelajar tersebut dikatakan telah berkahwin dengan SEORANG LELAKI bernama Jonathan di sana

Beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.



Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, dia memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis ‘perkahwinan’ itu berlangsung.



Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar ‘suami-isteri’.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.



Astagfirullahazim, penulis tak tahu apa nak diperkatakan lagi.

Dalam hal ini, yang paling tertekan sudah tentu keluarga Ariff Alfian.

Lelaki itu sudah tentu enak dipeluk ‘suaminya’ tetapi keluarganya terutama ibu dan bapa sudah tentu berendam airmata.

Apa tidaknya, anak yang dibela, diberi didikan agama dan didikan dunia hingga berjaya menjejakkan kaki ke kolej perubatan boleh menconteng arang di muka mereka.

Itu belum dikira hutang yang terpaksa ditanggung disebabkan si anak tidak berjaya menghabiskan pelajaran.

Dalam hal ini, penulis meminta janganlah disalahkan ibu bapanya 100 peratus…tidak ada ibu bapa di dunia ini yang mahu anak mereka jadi begitu.

Bak kata pepatah…bukan salah ibu mengandung.

Mungkin ada kelemahan dalam proses mereka membesarkan Ariff Alfian tetapi sebagai seorang yang terpelajar, dia sudah tentu tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Penulis tidak tahu apa nak buat kalau berada di tempat ibu dan bapa lelaki berkenaan, ini kerana apa yang berlaku cukup keji dan memalukan bukan saja pada agama kita, tetapi juga pada bangsa dan negara.

Inilah padahnya kalau terlalu berfikiran liberal, semuanya hendak dihalalkan demi kebebasan dan atas nama hak asasi manusia.

Penulis pernah membaca kenyataan peguam Zainul Rijal Abu Bakar.

Katanya, hak asasi tersebut sebenarnya tidak boleh bercanggah dengan prinsip utama dalam Perlembagaan.

Hak asasi ini dilihat seolah-olah menghalalkan apa jua amalan mengikut naluri nafsu golongan tertentu.

Mungkin hari ini mereka mahukan hak bagi golongan yang mengamalkan seks sejenis.

Kemudian hari kelak berkemungkinan ada yang memperjuangkan atas nama hak asasi seseorang itu bebas melakukan seks dengan anak kandung sendiri ataupun dengan haiwan.

Ini disebabkan hak tersebut perlu dihormati dan tidak ada orang yang boleh menghalangnya.

Pendekatan sebegini adalah amat terpesong dengan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan itu sendiri selain bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Namun golongan ini tidak harus dizalimi tetapi didekati supaya mereka diberi peluang untuk balik ke pangkal jalan.

Mendekati golongan ini bukanlah dengan memperjuangkan agar mereka dapat terus mengamalkan amalan hina tersebut tetapi supaya mereka meninggalkannya, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR
Baca Selanjutnya - [GAMBAR] Perkahwinan Gay Ariff Alfian, Bukan Salah Ibu Mengandung

Gambar Menarik – Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

12/17/2011 02:39:00 PM
1 comments
Inilah gambar istana negara yang baru yang di bina di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Apa pandangan korang? Cantik tak? Nampak lebih moden dan hiasan dalaman sangat cantik.

image004 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image001 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image005 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image011 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image012 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image016 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image017 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image020 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image023 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
image026 Gambar Menarik   Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta
Baca Selanjutnya - Gambar Menarik – Gambar Istana Negara Baru Di Jalan Duta

Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar

12/17/2011 02:25:00 PM
5 comments
Korang semua mesti pernah rasa mengantuk di pejabat atau kelas kan? Lagi-lagi kalau malam sebelum tu ada match bola atau kerja banyak, assignment banyak dan tidur tak mencukupi? Nak ke korang tidur di tempat kerja/belajar? Kantoi ngan bos atau cikgu nanti menyusahkan korang je. Ni nak share cara hilangkan rasa mengantuk


67120 wanita mengantuk thumb 300 225 Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar



  1. Hampiri kawasan bercahaya  
    Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap.  Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  2. Basuh muka
    Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  3. Wangian aromaterapiMinyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat menguragkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  4. Dengar muzik/radio
    Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk . Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja. Tapi ni tak sesuai buat korang yang masih belajar, takkan lah cikgu mengajar di depan korang nak dengar muzik pulak kan.
  5. Senaman ringan
    Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.
Sumber : http://lepak.my/blog/2011/12/12/tips-cara-hilangkan-rasa-mengantuk-di-tempat-kerjabelajar/
Baca Selanjutnya - Tips : Cara Hilangkan Rasa Mengantuk Di Tempat Kerja/Belajar

Friday, December 16, 2011

Awas Tempias Bersin!

12/16/2011 10:46:00 PM
1 comments


Jangkitan virus influenza, ada kalanya dikenali sebagai “flu”, sangat mudah berlaku dan menyebabkan gejala umum seperti demam, sakit kepala dan sengal otot, serta hidung tersumbat, sakit tekak, hidung berair dan batuk.

Pada masa dahulu, masyarakat di negara tropika dan subtropika menganggap influenza hanya berlaku di negara barat yang beriklim lebih sejuk.

Bagaimanapun, sistem pemantauan influenza di Malaysia dan negara jiran sentiasa menunjukkan bahawa influenza adalah punca utama penyakit di kalangan kanak-kanak. Sejak virus influenza yang biasanya terdapat dalam burung (A/H5N1) menjangkiti manusia di Asia Timur pada 1997, kerajaan telah menambah baik dan meluaskan pemantauan.

Selain mengenal pasti virus jenis baru yang boleh menyebabkan wabak global yang serius, sistem pemantauan ini memberi maklumat yang berharga tentang siapa yang mendapat influenza dan bila jangkitan paling banyak berlaku.

Di Malaysia, jangkitan influenza berlaku sepanjang tahun dan memuncak antara Mei-Jun dan Ogos-September. Pengetahuan ini boleh membantu pihak berkuasa kesihatan dan doktor anda membuat keputusan yang lebih baik untuk mencegah influenza menerusi pemvaksinan dan untuk merawat jangkitan influenza di kalangan kanak-kanak yang lebih berisiko mengalami komplikasi serius.

Kita perlu mengubah tanggapan umum bahawa influenza bukan penyakit biasa dan bukan pula penyakit teruk. Virus influenza sentiasa tersebar di seluruh dunia, menyebabkan berjuta-juta orang jatuh sakit dan kerugian ekonomi yang sangat besar, terutamanya dari segi kehilangan hari kerja dan sekolah, dan berjuta-juta kunjungan ke klinik. Dalam selang waktu yang tidak dapat diramalkan, virus influenza jenis baru boleh muncul, menyebabkan kebanyakan orang tidak mempunyai pelalaian untuk melindungi diri daripada ancamannya.



Ini boleh mengakibatkan wabak global, seperti yang berlaku pada 2009 apabila virus influenza H1N1 muncul. Setakat Ogos 2010, lebih 214 negara telah diserang wabak H1N1, dengan lebih 18,449 kematian dilaporkan. Di Malaysia sahaja, sehingga bulan Mei 2010, sebanyak 14,772 kes H1N1 disahkan dengan 87 kematian dilaporkan.

Amalan menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan kerap, menutup mulut apabila bersin dan batuk, dan tidak keluar rumah apabila merasa tidak sihat, boleh membantu mengurang penyebaran influenza. Bagaimanapun, pada hakikatnya, tabiat ini sukar diamalkan, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak dan dalam keadaan sesak. Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan influenza ialah dengan pemvaksinan tahunan.

Tempias bersin

Sebab utama influenza sangat mudah berjangkit ialah kerana ia boleh tersebar daripada seorang kepada seorang menerusi tempias daripada mulut apabila seseorang yang dijangkiti batuk, bersin ataupun bercakap. Tempias virus dalam udara boleh menjangkiti orang yang menyedut udara ini. Virus influenza boleh juga tersebar apabila seseorang menyentuh permukaan atau objek yang tercemar.

Anda boleh menyebarkan influenza sebelum anda sendiri menyedari anda dijangkiti, kerana manusia boleh menjangkitkan virus ini kepada orang lain bermula satu hari sebelum penyakit ini menunjukkan gejalanya. Orang yang dijangkiti boleh terus menjangkitkan virus ini kepada orang lain sehingga 5 hari selepas mereka jatuh sakit, iaitu apabila mereka mula menunjukkan gejala penyakit. Kanak-kanak yang dijangkiti influenza selalunya mengalami gejala gastrousus seperti loya, muntah dan juga cirit-birit.

Menjauhkan masalah

Jika dibiarkan dan tidak dikawal, virus influenza sering menyebabkan wabak di rumah, sekolah dan dalam masyarakat. Pemvaksinan adalah langkah paling penting yang anda boleh ambil untuk mencegah jangkitan influenza. Disebabkan virus sentiasa berubah, vaksin influenza sentiasa dikemas kini untuk memastikan perlindungan daripada jenis virus yang sedang tersebar.

Terdapat juga virus jenis utara dan jenis selatan, merujuk kepada wabak yang berlaku semasa musim sejuk di kedua-dua hemisfera. Inilah juga sebabnya kita perlu mengambil vaksin influenza setiap tahun. Vaksin influenza paling baru bagi 2010-2011 melindungi kita daripada tiga jenis virus – influenza A (H3N2 dan H1N1) dan influenza B – jenis yang paling biasa tersebar.

Tahukah anda bahawa jangkitan influenza juga boleh menyebabkan komplikasi perubatan yang serius?
Baca Selanjutnya - Awas Tempias Bersin!

Minum Semasa Makan Menghalang Kerja Sistem Penghadaman…

12/16/2011 10:44:00 PM
1 comments
 Minum Semasa Makan Menghalang Kerja Sistem Penghadaman…  




Mumbai: Kebanyakan orang semasa makan biasaanya diselangi dengan minum kononnya untuk membantu makanan mudah tertelan ke dalam tenggorok atau kerana haus. Sesungguhnya perlakuan ini tidak baik bagi tubuh kerana minum semasa makan menyebabkan gangguan proses pencernaan perut.

Berdasarkan sebuah kajian, amalam makan sambil minum itu juga menyebabkan peningkatan insulin yang dapat mengikat lebih banyak lemak di dalam tubuh.

Mr Shonali Sabherwal, ahli makrobiotik dari India, mengatakan, “kebanyakan orang minum sambil makan. Teorinya adalah bahawa hal itu membuat makanan turun lebih cepat. Sebenarnya mereka tidak tahu tabiat itu amat buruk bagi tubuh dan sistem pencernaan mereka.”

Perut memiliki kemampuan untuk tahu bila akan makan dengan menghantar isyarat lapar ke otak lalu segera melepaskan cairan pencernaan. Jika kita makan lalu minum air pada masa yang sama, air itu telah mengikis cairan pencernaan yang telah dilepaskan untuk mencerna makanan.

Akhirnya ia akan menghalang kerja sistem pencernaan. Air yang diminum semasa makan akan diserap oleh dinding perut. Penyerapan ini akan terus terjadi sehingga cairan pencernaan tertumpu untuk memulakan mencerna makanan.

Oleh sebab cairan penghadaman telah bercampur dengan air, kepekatan bahan kini menjadi lebih tebal daripada kandungan makanan dalam perut. Ia menyebabkan cecair gastrik yang kurang dirembeskan untuk mencerna makanan. Hasilnya, makanan tidak dicerna akan masuk ke dalam sistem kerana diserap oleh dinding perut.

Ini akan menyebabkan refluks asid dan membakar jantung (haba sensasi di dada), “kata Shonali.

Minum semasa makan juga boleh membawa kepada meningkatkan tahap insulin. Lebih banyak insulin dilepaskan dalam aliran darah, badan yang lebih cenderung untuk menyimpan lemak.

Untuk mengelakkan banyak minum semasa makan, Shonali memberi beberapa nasihat, antara lain, jangan makan makanan yang terlalu masin atau boleh menyebabkan dahaga dan boleh membuat anda makan banyak, dan cubalah makan secara perlahan-lahan.
Baca Selanjutnya - Minum Semasa Makan Menghalang Kerja Sistem Penghadaman…

Wednesday, December 14, 2011

Couple Vs Kahwin

12/14/2011 09:28:00 PM
1 comments


1. Masa couple, sebelum berpisah, si awek akan salam si pakwe. Siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehah. Lepas kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja, si isteri tak salam cium tangan suami pun.

2. Masa couple, si awek kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si pakwe dulu. Kalau si pakwe tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhaka la kalau ingkar. Abis tu, dengan mak bapak boleh plak derhaka? Lepas kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar.

 3. Masa couple, pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut. Bila berwebcam ataupun hantar gambar kat pakwe, tak cover pun rambut dan aurat. Kononnya, nanti dia nak jadi suami jugak. Jadi halal jugak nanti. Kononnya, semuanya untuk abang sayang seorang.

4. Bila couple, masa dating si awek terpaksa bagi si pakwe pegang tangan, pegang pinggul, cium-cium sikit. Bukti cinta kononnya. Sanggup berkorban jiwa, raga dan dara. Takut kalau tak bagi, si pakwe tinggal cari orang lain. Bila dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah. Dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan, ditolak mentah-mentah. Dosa woo siksa batin.

5. Masa couple, bila melepak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita kehebatan pakwe masing-masing. Bila dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan, semua sibuk cerita keburukan dan kekurangan suami masing-masing.

 6. Masa couple, si pakwe cakap itu, si makwe pun ikut je. Konon-kononnya nak jadi suami yang tegas la nanti. Bila dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi queen control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si suami berdosa sebab dayus, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia sebelum kahwin dulu, wahai perempuan? Mana sifat tegas dan kepimpinan sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?
Baca Selanjutnya - Couple Vs Kahwin

Monday, December 12, 2011

TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA

12/12/2011 09:34:00 PM
1 comments

Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”
Baca Selanjutnya - TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA

Telstra T-Touch Tab

12/12/2011 07:37:00 PM
3 comments

Android aku yang pertama. Walaupun agak cikai tapi kira ok la untuk aku pakai. Kat bawah ni sedikit info berkenaan android ni.


HuaweiPopular mobile communication services
Support WCDMA/HSPA GSM/GPRS/EDGE
Support voice communication, SMS, MMS, Email and mass mailing
2 million pixels camera

HuaweiAbundant Android applications
Android Open OS for customized services
Rich Android applications download


HuaweiEnjoyable HD media playing and multi-tasking
Support multi-tasking
Support 720p media playback


HuaweiEasy and portable Internet surfing experience
7" touch screen gives you full-screen web browsing experience
Support WiFi 802.11b/g/n


Specifications
  • OS : Android™
  • Wireless : HSDPA: up to 7.2 Mbit/s ; HSUPA: up to 5.76 Mbit/s ; WiFi 802.11b/g/n
  • I/O : USIM card socket ; SD card slot ; Micro USB ; 3.5mm stereo audio jack ; Stereo speakers
  • Buttons: Touch sensor button ; Power on/off, volume up/down, navigator, home, back, menu, call ; send/down
  • Other : Gravity sensor
Display
  • 7" TFT touch screen, 800x480
Battery
  • Li-ION 2200mAh

Software

Model Name Date
Telstra T-Touch Tab Android 2.1 (Factory Default Software)
Android 2.1 Main Features
01-11-2010
01-11-2010
Telstra T-Touch Tab Android 2.2 (Factory Default Software)
Android 2.2 Upgrade User Guide
Android 2.2 Key Benefits
Android 2.2 Drivers
12-09-2011
12-09-2011
12-09-2011
12-09-2011

Documentation

Model Name Date
Telstra T-Touch Tab User Guide 01-11-2010
Telstra T-Touch Tab Quick User Guide 01-11-2010
Telstra T-Touch Tab Warranty Card 01-11-2010
Telstra T-Touch Tab Unlocking Code Guide 01-11-2010

 Sumber rujukan : http://huawei.com.au/products-services/telstra-t-touch-tab/

Baca Selanjutnya - Telstra T-Touch Tab
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...