Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, July 11, 2011

Novel M.A.I.D

7/11/2011 07:10:00 PM
0 comments
 



Dear Mr. F,
"Aku tahu aku jatuh cinta pabila tengkinganmu kedengaran merdu di telinga, jelinganmu yang tajam bak keris Taming Sari itu bisa buat aku terpesona dan perangai cerewetmu membuatkanku ingin ketawa! Memang kedengaran sedikit gila, tetapi aku benar-benar cinta!" **Noorul**M.A.I.D**
M.A.I.D.

Pesanan daripada penulis,

Assalamualaikum semua :)

Cover M.A.I.D. dah keluar kat laman web Kaki Novel. Cover ni telah direka oleh pihak Kaki Novel sendiri..:) InsyaAllah novel M.A.I.D. akan berada di pasaran pada April 2011.

Di kesempatan ini, Suri ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terus menyokong M.A.I.D. :) Segala komen dan kritikan membina dari anda amat bermakna untuk Suri. Terima kasih sekali lagi. Suri amat-amat menghargainya! :)

Nantikan novel M.A.I.D di pasaran ya.. :) Salam sayang untuk semua dari Suri. XoXo.

Much Love,
Suri :)


Novel ini boleh di baca online namun jika inginkan novel penuh, sila beli di pasaran ye... (*_*)v


M.A.I.D.




Sumber : http://queenlpermaisuri.blogspot.com
Baca Selanjutnya - Novel M.A.I.D

Saturday, July 9, 2011

Angry Bird_PC Games

7/09/2011 06:12:00 PM
0 comments
Angry Bird [PC Game]Sejak aku tahu pasal ANGRY BIRD ni, dah menjadi kegilaan aku dah nak main game ni. Kat Hp Symbian aku tak puas langsung nak main. Pe kata korang download jer PC version ni. Lagi puas kita leh main kat skrin besar kan.

Meh download Angry Bird sekarang...

Download Free Angry Bird PC
Baca Selanjutnya - Angry Bird_PC Games

Friday, July 8, 2011

Gambaran Hari Kiamat...

7/08/2011 09:50:00 PM
0 comments

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Baca Selanjutnya - Gambaran Hari Kiamat...

Siapa suamimu di syurga nanti?

7/08/2011 09:46:00 PM
0 comments


Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami-isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah SAW, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah SWT. Waullahu a’alam.

Kes 1:
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” [Hadis Riwayat Muslim]. Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

Kes 2:
Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
+ Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3:
Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
+ Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 4:
Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Kes 5:
Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu
+ Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Kes 6:
Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain
+ Wanita dalam golongan ini akan bersama dengan suaminya yang terakhir sebelum meninggal dunia, tidak kira berapa kali wanita tersebut berkahwin. Suaminya yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi Ahli Syurga. Ini dikuatkan oleh hadis Rasulullah “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” Hadis sahih riwayat Al-Albani
Baca Selanjutnya - Siapa suamimu di syurga nanti?

Kenapa KITA Berkahwin?

7/08/2011 09:41:00 PM
0 comments

Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat Malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran.

1 – Saya berkahwin kerana hendak mendapatkan zuriat.

Allah SWT telah berfirman :
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (QS an-Nisaa’)

2 – Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Allah SWT telah berfirman :
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (QS at-Taubah)

3 – Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki.

Allah SWT telah berfirman :
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui. (QS an-Nur)

4 – Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Allah SWT telah berfirman :
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (QS ar-Ruum)

5 – Saya berkahwin kerana sunnah Nabi.

Sabda Rasulullah SAW :
Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya : "Sesungguhnya beberapa orang sahabat r.a. bertanya kepada isteri-isteri Rasulullah SAW mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Rasulullah SAW memuji kepada Allah dan bersabda, “Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku.”

6 – Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh.

7 – Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin.

8 – Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang terlajak.

9 – Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora.

10 – Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.

11 – Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.

12 – Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia.

13 – Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin.

14 – Saya berkahwin kerana ada yang akan menanggung serba-serbi kehendak saya.

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah SAW katakan bila berbicara tentang perkahwinan, “Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), Nasaie (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari al-Quran mahu pun dari hadis Rasulullah SAW, ianya telah menyatukan dua insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin? Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?

1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat al-Quran dalam surah ali-Imran yang bermaksud : [3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali hadis Rasulullah SAW bahawa wanita dikahwini kerana empat sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah SWT.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” (Hadis riwayat dua imam hadis, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang)
Baca Selanjutnya - Kenapa KITA Berkahwin?

Sunday, July 3, 2011

Berhenti menghentikan diri..

7/03/2011 02:55:00 PM
0 comments


Dalam hidup ni bila kita boleh berhenti?.. Mesti banyak jawapan lah kan.. tapi yang penting kita akan berhenti selama-lamanya bila kita MATI.

Selagi Allah masih meminjamkan nyawa ini,
Jangan berhenti menyayangi
Jangan berhenti berusaha
Jangan berhenti berharap
Jangan berhenti untuk teruskan perjuangan
Jangan berhenti membangun diri..


Ya, kehidupan di dunia memberi pelbagai jenis kesusahan, kesukaran untuk mencabar perjalanan kita. Dan kita perlu mencari jalan yang terbaik untuk mengatasi setiap halangan, rintangan & cabaran.

Inilah pilihan yang perlu kita lakukan, memberi komitmen dan tanamkan matlamat pada setiap diri untuk menjadi manusia berguna dan bermakna.

Banyak benda, situasi, manusia yang akan mencabar kita & melambatkan progress kita. Bagaimanapun, satu-satunya batasan yang menghalang kita adalah batasan yang kita letakkan dalam diri kita sendiri. Cuba pandang atau lihat, keraguan & batasan tidak pernah berguna bagi kita. Pilih dengan jiwa & hati terbuka untuk melepaskan keraguan & batasan itu pergi jauh sejauhnya.

Impian sering memanggil2 kita untuk mengejarnya supaya setiap detik perjalanan hidup ini adalah impian yang kita kejar. Berhenti undur kebelakang & berhenti menghentikan diri. Biarkan diri kita menjadi seseorang dalam impian & harapan bersama kebolehan & kekuatan diri.

Credit to : http://myzuryn.blogspot.com/
Baca Selanjutnya - Berhenti menghentikan diri..

Setia Bersama

7/03/2011 02:49:00 PM
0 comments
Semua yang telah terjadi yang mengajar kita
Perlu diambil ikhtibarnya
Segala yang diimpikan atau diharapkan tak semua
Menjadi nyata


Namun setiap yang sukar ketemunya sinar

Begitulah kebesarannya
Teman yang setia bersama pada waktu duka itulah
Semulia manusia di dunia

Ku ketemu sifat itu didirimu dan

Aku rela berkorban untukmu
Kita berjanji
Walau apa yang kan terjadi
Meneruskan perjuangan ini

Bersama percaya keagungan yang esa

Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Setia bersama

Seluas alam semesta persoalan kita

Kehidupan dan cabarannya
Setinggi ruang angkasa
Begitulah harapan kita
Abadi, aman dan bahagia

Dalam membuka lembaran baru

Ku perlu tahu kau sentiasa bersamaku
Walau bertubi rintangan kita kan gagahi
Demi mengecap nikmat duniawi (akhirat)

Kuatkan semangatmu

Usahakan sedaya dan berdoa
Esok tiba harinya seribu harapan
Moga dapat keberkatannya

Bersama percaya keagungan yang esa

Bersama percayakan kita
Menuju kegemilangan rintangan menghalang
Percaya ku setia
Percayalah aku setia bersama
Percaya setia, setia bersama
Ku setia bersama

Semoga Allah menjadikan kita satu untuk meneruskan perjuangan menuju jalan ke syurga..

Semoga kita tulus ikhlas, suci hati & setia bersama..
Baca Selanjutnya - Setia Bersama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...