Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, December 12, 2011

Celcom APN Settings for Android Device

12/12/2011 07:28:00 PM
14 comments
I’ve seen some other Androiders use shorter settings for their Celcom APN setup which works as well (by combining the 3g internet and MMS setting in one). Anyway these are the settings which was auto-configured by my old HTC Magic (the stock Magic ROM with radio ver 3.22 has auto-setup for Celcom APN setting unlike Nexus One or any other custom ROMs). They are separated to 2 settings – internet setting and MMS setting.


To create, goto :
Settings > Wireless & networks > Mobile networks > Access Point Names > New APN


Then enter all these information :
Celcom 3g internet setting :
Name : Celcom 3G Internet
APN : celcom3g
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default
Celcom 3g MMS setting :
Name : Celcom 3G MMS
APN : celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms
Celcom 2g internet setting :
Name : Celcom 2G Internet
APN : celcom.net.my
MCC : 502
MNC : 19
APN type : default
Celcom 2g MMS setting :
Name : Celcom 2G MMS
APN : mms.celcom.net.my
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms


Tambahan :-


Bagi pengguna CELCOM PREPAID yg menggunakan SAMSUNG GALAXY(sbb aku guna galaxy) sahaja.

Cuba try cara ni klu sape2 yang xboleh hantar mms lg.

a) Create semua APN mcm di bawah
Name : Celcom 3G
APN : celcom3g
Proxy : 010.128.001.242
Port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Name : Celcom MMS
APN : celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS Proxy : 010.128.001.242
MMS Port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN Type : mms

Name : Celcom 2G Internet
APN : celcom.net.my
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

Name : Celcom 2G MMS
APN : mms.celcom.net.my
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 10.128.1.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

(pastikan semua APN Type = mms)

Reason – Apabila semua APN Type di setting kepada MMS, maksudnya semua data internet xkan masuk. So, xkan ada potongan kredit.

b) Untick Background Data
Setting -> Accounts and sync -> General sync setting -> Background Data -> Untick.

Reason – benda ini yang menyebabkan kita kehilangan kredit semasa kita on kan Packet Data. So, bila offkan benda ni, xde la automatic sync dalam phone.

c) Tick On Use Packet Data
Setting -> Mobile networks -> Use packet data -> Tick.

Reason – samsung galaxy xkan boleh send mms selagi tidak di’on’kan packet data.

Aku baru berjaya menghantar mms pertama setelah aku amalkan bende ni baru 30 minit yang lepas. Buktinya kredit asal aku ada rm8.99. setelah berjaya menghantar mms, caj dikenakan sebanyak 20sen. jd xde la pemotongan kredit berlebihan apabila on kan packet data. setelah 30 minit kredit aku masih lg rm8.79.

Amaran&Peringatan:-

1-klu korang nak update samsung galaxy korang, biarla kat tempat ada wifi.
2-klu ada keadaan yang mendesak anda menggunakan internet menggunakan prepaid, silalah tukar APN Type bagi Celcom 3G Internet & Celcom 2G Internet kepada default. Nanti kata xboleh nak internet plak.
Baca Selanjutnya - Celcom APN Settings for Android Device

Sunday, December 11, 2011

GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

12/11/2011 07:29:00 PM
0 comments

Panduan solat sunat gerhana bulan dan matahari

Tanggal 10 Disember 2011,rakyat Malaysia berpeluang lagi untuk menyaksikan fenomena alam yang begitu indah prosesnya yang julung kalinya berlaku.Kalau tidak silap ingatan saya kali terakhir kita melihat fenomena gerhana bulan pada bulan Jun yang lepas.

Z0RMt GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):
  • Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37
  • Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11
  • Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29
  • Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36
  • End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45
  • Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04
  • Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. 
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Berikut merupakan gambar sekitar fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 dari pandangan Planetarium Negara
  Gerhana Bulan penuh 1 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
GAMBAR GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
 Gerhana Bulan penuh 2 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 3 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 4 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 5 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gerhana Bulan penuh 6 GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011
Gambar Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011


Baca Selanjutnya - GERHANA BULAN PENUH 10 DISEMBER 2011

Thursday, November 10, 2011

How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

11/10/2011 08:55:00 PM
0 comments
Baca Selanjutnya - How does getting rewarded through sharing sound like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Saturday, October 8, 2011

11 GOLONGAN AHLI NERAKA

10/08/2011 06:05:00 PM
0 comments
 



Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan
oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat
ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut
kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda
menjawab:

"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12
golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan
sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka
adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana
mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka
melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular
dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang
berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan
mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah
balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan
darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan
kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan
kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati
sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang
menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua
ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,
bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar
kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas
titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih
dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati
dalam keadaan bertaubat."
Baca Selanjutnya - 11 GOLONGAN AHLI NERAKA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...