Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, April 18, 2011

7 Tempat Paling Menarik Di Dunia Untuk Dilawati

4/18/2011 11:16:00 PM
0 comments




Yang angker, ajaib, misteri, paling menarik? Banyak tempat yang boleh dilawati untuk mendapatkan  pengalaman ini. Tapi seringkali kerana kekangan yang tidak mengizinkan, tidak semua tempat boleh dijejaki. Di sini, DKDM menyenaraikan 7 tempat yang paling menarik untuk dilawati. Mari tengok.


1) New Zealand (The Best Natural Beauty)
Masih ingat tempat-tempat menakjubkan dalam filem “Lord of The Ring”? New Zealand adalah tempat dimana ia dirakamkan. Kaya dengan khazanah semulajadi yang mengkagumkan, negara ini adalah kawasan tanah besar terakhir yang ditemui di dunia. Ia menghimpunkan budaya dan sejarah masyarakat Maori disamping peradaban Eropah yang berhijrah ke New Zealand.
Banyak tempat menarik yang patut dikunjungi. Antara yang wajib adalah Queenstown, Mt Cook National Park, Lake Matheson (Mirror Lake), Hobbiton dan Rotorua.
Hobbiton Movie Set and Farm Tours, LOTR, New Zealand
Queenstown at Night

2) Amsterdam, Netherlands (The Best Village Style)
Sesiapa yang mengimpikan percutian gaya kampung penuh ketenangan, Amsterdam adalah tempat terbaik untuk dilawati. Amsterdam terkenal dengan kawasan kincir anginnya disamping padang ragut rumput yang luas. Bayangkan anda berada dalam suasana senja dibawah pohon Oak sambil angin sepoi bertiupan. Satu pengalaman luar kota yang sangat sukar dilupakan.
Selain itu Amsterdam juga terkenal dengan terusannya. Apabila mengunjungi Amsterdam, pengunjung boleh menyewa rakit dan menyusuri terusan di kawasan Amsterdam ini. Mengkagumkan.
Antara tempat terkenal yang patut dilawati adalah “Anne Frank House – A Museum with A Story”, kawasan yang menceritakan tentang Anne Frank yang mati seawal umur 15 tahun sewaktu Perang Dunia Ke-2 terjadi. Mereka dikurung di kem konsentrasi (concentration camp) Auschwitz dimana ibunya mati sewaktu perang Nazi.
Windmills during Sunset, Amsterdam
Amsterdam City at Night

3) Granada & Seville, Spain (The Most Exquisite Architecture)
Bagi pencinta seni bina lampau, ini adalah tempat terbaik untuk anda. Selami dan hayati senibina terkenal di Granada & Seville, Sepanyol.
Alhambra adalah antara tempat wajib lawat di Sepanyol yang terletak di Granada. Ia menghimpunkan banyak senibina lampau yang unik seawal penciptaan bangunan menggunakan batu pasir. Di Seville, pengunjung patut melawati Alcazar yang menempatkan bangunan senibina taman seolah-olah taman tergantung Babylon suatu masa dulu.
Seville Plaza, Spain
Alcazar Castle Segovia, Spain

4) Santorini, Greece (The Best Beaches and Islands)
Lupakan Hawaii, Greece adalah tempat terbaik untuk percutian tepi pantai dengan himpunan pulau-pulau yang menakjubkan. Santorini atau dikenali juga dengan Thera adalah kawasan pulau bergunung berapi suatu masa dulu yang terletak di selatan Laut Aegean (Aegean Sea). Kawasan ini terkenal dengan pantai yang cantik disamping hotel-hotel di lereng bukit.
Bayangkanlah percutian di waktu musim panas ditiup angin semilir yang bersepoi lembut menepisi muka sedang anda berbaring dibawah payung sambil menikmati jus tropikal di atas bangunan yang terletak dikaki bukit. Satu inspirasi percutian yang sukar dilepaskan.
From the Balcony of Santorini Hotel, Greece
Santorini During Sunset, Greece

5) Paris, France (The City of Love)
Siapa tidak mahukan percutian paling romantik dengan alunan muzik violin yang mempersonakan sewaktu makan malam indah bersama kekasih hati? Paris, kota cinta, adalah tempat terbaik.
Di Paris, kunjungi restoran-restoran terkenal di sekitar kota dan nikmati hidangan lazat dan menyelerakan sambil disimbahi cahaya lilin yang romantik di dalam restoran. Menjengah ke luar tingkap anda dapat melihat Eiffel Tower, satu mercu tinggi melambangkan tingginya cinta sejati.
Setelah selesai, nikmati keindahan malam di kota Paris sambil menghirup udara segar malam. It’s priceless.
El Panteon Street, Paris
Paris at Night

6) Mexico (The City of Ancient Civilisation)
Lagenda Maya dan jangkaan 2012 tidak akan lengkap jika tidak berkunjung sendiri ke Mexico. Di sinilah peradaban lampau terkenal, Maya bermula. Maya meningkat popular dengan jangkaan tepat seperti jangkaan kematian Abraham Lincoln. Kini, masyarakat heboh dengan jangkaan 2012 dalam kitab purba masyarakat Maya.
Bagi yang ingin mendalami ilmu peradaban purba dan masyarakat lampau, bolehlah berkunjung ke tempat-tempat seperti National Historic Park of Palengue yang merupakan kota lama peradaban Maya. Kawasan ini diiktiraf sebagai “UNESCO World Heritage Site”
Palengue, The Ruined City of Maya
Teotihuacan, from the pyramid of at the sun

7) New York, US (The City of Modern World)
Bagi yang sukakan hiburan, nikmat membeli belah dan pengalaman hidup moden terbaik, The Big Apple, New York adalah jawapannya.
Alami pengalaman seorang fashionista dan golongan elit seperti The Sex and The City dan Gossip Girl dengan mengunjungi Manhattan, kawasan elit terkenal dunia. Sebut sahaja, Armani Exchange, Prada, Dior, Louis Vuitton, semuanya ada di sini.
Bagi yang sukakan nikmat malam, kunjungi Brooklyn Bridge, nikmati keindahan malam kota di tepi Brooklyn Bridge sambil menikmati pancaran cahaya terang daripada jambatan terkenal itu.
New York, Skyline Picture

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...