Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, April 18, 2011

Ranking Universiti di Malaysia

4/18/2011 11:34:00 PM
0 comments


Akhir-akhir ini ramai yang menjalankan pencarian Google untuk “Ranking Universiti di Malaysia”. Mungkin ini selaras dengan peperiksaan SPM yang makin tiba dan penghujung tahun, tempoh di mana pelajar sibuk untuk mengisi borang ke universiti dan membuat pilihan. Sebelum ini DKDM ada menulis satu artikel untuk ranking universiti dunia 2010 melibatkan universiti malaysia, mungkin tidak cukup. Untuk itu, DKDM menyediakan entri khas yang menerangkan sedikit sebanyak tentang ranking universiti di Malaysia.
ranking universiti di malaysia

Untuk penilaian bidang sarjana muda (Undergraduate – Bachelor Degree), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menerusi penilaian Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (SETARA) telah mengambil inisiatif untuk mengukur pencapaian pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tiga dimensi “input, process and output”.
Input (20%):
Pengukuran daripada 3 aspek “talent, resources and governance” dimana penilaian berdasarkan sumber fizikal dan kewangan, pencapaian fakulti dan pengalaman tenaga pengajar serta kualiti pelajar.
Process (40%):
Pengukuran daripada aspek “curriculum matters” dimana penilaian berdasarkan isi kandungan pembelajaran, kualiti penyampaian sama ada relevan, mencabar dan menyeluruh serta penilaian akitiviti luar seperti latihan industri dan program luar negara.
Output (40%):
Pengukuran daripada aspek “quality of graduates” dimana penilaian berdasarkan keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan, kepuasan pelajar dan tenaga kerja universiti serta pembinaan ciri-ciri penting pelajar cemerlang.
SETARA mengukur mengikur 6 aras digelar “6 tiers”, Tier 1 sebagai “WEAK” kepada Tier 6 sebagai “OUTSTANDING”
Berikut adalah hasil penilaian penuh SETARA:
Tier 5: Excellent

Universiti Awam:
University Islam Antarabangsa (UIA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Universiti Malaya (UM)
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Universiti Sains Malaysia (USM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Mara (Kampus Shah Alam) (UiTM)

Universiti Swasta:
Curtin University of Teknology (Kampus Sarawak)
International Medical University (IMU)
Management and Science University (MSU)
Monash University (Kampus Sunway)
Sunway University College
Swinburne University of Technology (Kampus Sarawak)
Taylor’s University
The University of Nottingham (Kampus Malaysia)
Universiti Teknologi Petronas

Tier 4: Very Good

Universiti Awam:
Universiti Sultan Zainal Abidin (dahulunya UDM)
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Universiti Malaysia Perlis
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)
Universiti Utara Malaysia (UUM)

Universiti Swasta:
Aimst University
Asia Pacific University College of Technology and Innovation
Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences
Help University College
Inti International University (dahulunya Inti University College)
Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur
Lim Kok Wing University of Creative Technology
Nilai University College
UCSI University
University Industri Selangor (UNISEL)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

Penilaian menyeluruh ini adalah yang pertamanya di Malaysia dimana ia dilakukan dalam tahun 2009. Buat masa ini, penilaian ini adalah yang terkini dan menjadi penanda aras pencapaian universiti tempatan khasnya untuk Ijazah Sarjana Muda.

Namun, ada juga cadangan universiti-universiti terpilih mengikut bidang. Antaranya:

1. Perubatan
Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM)

2. Farmasi
Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

3. Pergigian
International Medical University (IMU), Universiti Sains Malaysia (USM)

4. Bioteknologi
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Monash University (Kampus Sunway)

5. Kejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tun Hussien Onn (UTHM)

6. Perakaunan
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Monash University (Sunway Kampus), Taylor’s University.

7. Ekonomi
Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

8. Perbankan dan Kewangan
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

9. Undang-undang
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM).

10. Senibina
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Lim Kok Wing University of Creative Technology

11. Seni Visual dan Animasi
Lim Kok Wing University of Creative Technology, Multimedia University (MMU)

Nota : Sila rujuk SETARA untuk maklumat lanjut mengenai penilaian SETARA

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...