Download (DOC)
Download (PDF)
MAKHLUK-MAKHLUK YANG MENGAGUMKAN
S

etakat ini, kami hanya menerangkan makhluk-makhluk yang
dapat kamu lihat di sekeliling kamu. Bagaimanapun, terdapat makhluk yang
kita jarang lihat di sekeliling kita, melainkan di dalam buku atau televisyen.
Makhluk-makhluk ini juga mempunyai ciri-ciri sangat istimewa. Kami akan
menerangkan sebahagian daripadanya. Baca semuanya dengan teliti, pasti
kamu akan terperanjat, dan dalam masa yang sama kamu akan berkata, "Betapa
indahnya ciptaan Allah".
Bagaimana
Penguin Dapat Hidup Di Sebuah Benua Beku Di Kutub Selatan?
Penguin hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub
ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya
terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan
kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk.
Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang
kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar
10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang
suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.

Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau
sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada
tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak
pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais.
Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan
jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?

Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan
mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya
amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca
paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.
Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak
yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini
melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit.
Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana
itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai
pakaian tebal ketika cuaca sejuk.

Penguin mempamerkan kesetiaan
yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika
cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang
mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji
dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk
mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi
ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.
Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa
telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali
pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut
akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.

Penguin jantan ini begitu sabar,
sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada
di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan
sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk,
penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa
telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan,
dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka. Mereka bertukar kedudukan
supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila
telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia
memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam
temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya
membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh
mereka. Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat
ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang
dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu
taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka.
Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu.
Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari
segi kesetiaannya.
Unta Membawa Tangki Air Di Belakangnya

Kita baru sahaja menyentuh tentang penguin yang tinggal di kawasan
paling sejuk di muka bumi ini, dan bagimana Allah menjadikan mereka bersesuaian
dengan persekitaran tersebut. Sebaliknya, unta pula adalah haiwan yang
dijadikan untuk hidup di cuaca paling panas di dunia. Unta sering digunakan
sebagai kenderaan di padang pasir. Padang pasir adalah kawasan pasir yang
luas dan suhu di kawasan ini dapat mencecah setinggi 500C.
Kamu mungkin pernah mengalami suhu sekitar 300C. Di dalam suhu begini
sahaja kamu akan segera merasa letih dan dahaga apabila kamu keluar bermain.

Unta masih boleh berjalan beberapa kilometer pada suhu sekitar
500C. Ia dapat bertahan tanpa air selama beberapa hari. Kerana Allah
juga telah menjadikan tubuhnya berbeza daripada kita. Unta menyimpan air
yang diminum di dalam tubuhnya untuk tempoh yang panjang dan ia
menghilangkan dahaganya dengan air ini yang ia dibawanya.
Mendapatkan makanan juga merupakan masalah di padang pasir, kerana padang
pasir adalah tanah kering dan hampir tidak ada tumbuh-tumbuhan. Hanya
terdapat beberapa tumbuhan berduri. Mulut dan bibir unta sangat kuat sehingga
apabila ia menggigit, ia dapat menebuk lubang di tapak kasut. Kerana itu
ia dengan mudah dapat makan tumbuhan berduri dan menghilangkan kelaparannya.

Di samping itu, bulu yang menutupi kulit unta melindunginya
daripada kepanasan melampau. Allah menjadikan kaki unta lebar kerana ia
sering berjalan di tanah berpasir. Walaupun tubuh unta besar, tetapi ia
tidak tenggelam ke dalam pasir. Tambahan pula, Allah telah menjadikan
kulit di bawah kaki unta tebal. Dengan itu, tapak kakinya tidak akan terbakar.
Ribut pasir sering berlaku di padang pasir. Pernahkah kamu mengalami
angin kuat ketika berada di pantai? Kamu tidak dapat membuka mata kerana
melindungi mata kamu daripada di masuki pasir. Jika angin menjadi lebih
kuat, kamu tidak dapat melihat di hadapan. Bagaimanapun, unta mempunyai
dua lapis bulu mata. Bulu-bulu mata ini bergerak cepat seperti sebuah
perangkap dan ia melindungi mata unta ketika ribut pasir.
Allah telah menjadikan setiap hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai
dengan habitat mereka. Seperti, tidak ada penguin di padang pasir. Memandangkan
ciri-ciri yang ada pada seekor penguin tidak sesuai untuk keadaan padang
pasir, penguin akan mati serta merta di padang pasir. Begitu juga, unta
tidak dapat hidup di kutub. Allah menjadikan setiap sesuatu pada tempatnya.
Allah Maha Pekasa dan pengetahuan-Nya tidak terbatas. Allah menjadikan
segalanya tanpa kekurangan. Allah mengingatkan kita tentang penciptaan
unta di dalam Al-Quran:
(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan
keadaan unta bagaimana ia diciptakan?(Surah Al-Ghasyiyah:17)
Burung Kolibri

Lihat, burung ini begitu kecil sehingga dapat hinggap di atas sebatang
pensil. Walaupun bersaiz kecil, tetapi burung ini berjalan jauh dan sepanjang
perjalanan ini, ia menyepak sayapnya kira-kira dua setengah juta kali.
Berapa kali dapat kamu angkat dan turunkan tangan kamu? Jika kamu melakukannya
sebanyak 50 kali, tangan kamu akan sakit keesokan harinya. Tetapi, burung
kecil ini melakukannya dua setengah juta kali dan ia tidak memudaratkannya.
Allah telah menjadikan burung ini berserta kebolehan untuk menangani tugas
yang begitu sukar.
Ketam Yang Dapat Mempertahankan
Diri
Terdapat berbagai jenis makhluk tinggal di dalam laut. Kebanyakannya mempertahankan
diri mereka dengan cara yang luar biasa. Sebagai contoh, ketam Hermit
yang menggunakan senjata hidup untuk mempertahankan dirinya daripada sotong
dan musuh-musuh lain. Terdapat sejenis tumbuhan yang terdapat di dasar
laut. Ketam ini mengutip daun tumbuhan ini dan meletakkannya di atas kulit
kerangnya. Kerana tumbuhan ini mempunyai duri yang amat menyakitkan apabila
disentuh. Dengan cara ini ketam tersebut melindungi dirinya daripada pemangsa.
Jangan lupa ketam ini tidak mempunyai pemikiran yang begitu cemerlang
untuk mengaturkan semuanya. Allah telah mengajarnya melindungi diri.
Booby, Burung Yang Berenang
Booby adalah burung yang menyelam ke dalam air daripada jarak yang jauh,
dan ia mempunyai jaring di antara jari-jarinya. Allah telah menganugerahkannya
kaki istimewa yang dapat mengibas, supaya ia dapat berenang di permukaan
dan dalam laut. Booby dapat menyelam dengan baik. Ia menyelam ke dalam
laut untuk menangkap ikan dan dapat berada lama di bawah air untuk berenang
pada jarak yang jauh.
Bolehkah Ikan Terbang?
Ikan terbang tidak terbang dengan sayap seperti burung, tetapi peluncur
pada sirip adalah sama dengan sayap burung. Ia dapat bergerak sekitar
56 kilometer (35 batu) di dalam satu jam. Ikan kecil ini dapat bergerak
lebih pantas di dalam air dengan mengembangkan siripnya dan mengangkat
ekornya keluar daripada air. Dengan cara ini, ia meluncur dengan baik
di dalam air.
Burung Pucung
Pucung mempamerkan kemahiran hebat ketika menangkap ikan. Ia berdiri
tegak dengan membuka sayapnya seperti payung di atas kepalanya. Ini menghasilkan
satu bayang dan menghalang refleksi daripada permukaan air. Sekarang,
Pucung dapat melihat mangsanya di bawah permukaan air. Sayap Pucung ini
menghasilkan satu bayang bulat di atas permukaan air, dan ia menangkap
ikan di dalam bulatan ini.
Burung Unta
Burung unta adalah seekor burung yang dapat berlari dengan pantas. Ia
dapat berlari dengan kelajuan melebihi 70 kilometer (45 batu) sejam. Burung
unta hanya mempunyai dua jari di setiap kakinya, dan salah satu daripada
jari-jari ini lebih besar daripada yang satu lagi. Keunikan burung ini
ialah ia dapat berlari menggunakan satu jari yang besar ini sahaja.
Beruang Kutub

Beruang kutub dapat berlari dengan pantas di atas ais menggunakan
kukunya yang rata dan berbulu, dan tapak kakinya yang tidak licin. Beruang
kutub dengan kulitnya yang tebal, mempunyai pelindungan utama di dalam
iklim kutub yang sejuk. Lapisan lemah setebal 10 cm (4 inci) yang melindungi
udara sejuk daripada memudaratkannya. Kerana itulah ia dapat berenang
di dalam air ais dengan kelajuan 10-11 km/jam (7 batu/jam), untuk jarak
sejauh 2000 km. (1250 batu). Allah telah menjadikan beruang kutub, seperti
juga penguin, supaya ia dapat hidup di dalam habitat yang sejuk seperti
itu, dan Dia telah menempatkannya di kawasan paling sejuk di dunia, di
kutub, beruang kutub di Kutub Utara dan penguin di Kutub Selatan.

Allah
juga mengurniakan beruang kutub ini deria bau yang kuat. Deria baunya amat
tajam hinggakan ia dapat mengesan anjing laut yang bersembunyi di dalam
salji dalam jarak 1.5 meter (1.6 ela).
Lebih daripada itu, ia juga mempunyai kelopak mata tambahan seperti
membran. Membran ini bertindak sebagai "sepasang cermin mata gelap" dan
ia melindunginya daripada buta salji.
Cheetah: Pelari Terpantas


Cheetah dikenali sebagai haiwan terpantas
di darat. Ia dapat berlari dalam jarak pendek dengan kelajuan yang dahsyat.
Ia dapat memecut sehingga 75 km (45 batu) sejam hanya di dalam beberapa
saat. Setengah cheetah dapat berlari lebih 60 meter (650 ela) pada kelajuan
yang menakjubkan 113 km/jam (70 batu/jam).
Cara Menarik Gazel

Sesetengah haiwan menggunakan cara meninggalkan
bau untuk membuat sempadan kawasan-kawasannya. Contohnya, gazel yang menggunakan
ranting panjang dan tumbuhan, juga bahan berbau seperti tar, yang dirembeskan
oleh kelenjar yang terdapat di bawah matanya untuk menandai kawasannya.
Bau ini memaklumkan kepada gazel lain bahawa kawasan ini telah bertuan.
Rusa kutub pula mempunyai kelenjar bau di hujung kaki belakangnya. Bahan
yang dirembes oleh kelenjar ini membolehkan ia menandai kawasan-kawasannya.
Arnab menandai kawasannya dengan bahan yang dirembeskan oleh kelenjar
di dagunya.
Mangkuk Pelekap Kaki Cicak

Cicak adalah sejenis reptilia
yang hidup dalam iklim panas. Kebolehan luar biasanya ialah ia dapat berjalan
di atas permukaan rata yang menegak dengan mudah. Cicak ini dapat memanjat
dengan mudah walaupun di atas kaca dengan bantuan mangkuk-magkuk pelekap
yang terdapat di hujung jarinya. Di samping itu, ia juga memiliki kuku
tersembunyi di dalam kakinya. Apabila ia sampai pada permukaan yang tidak
seimbang, ia akan mengeluarkan kuku-kukunya tidak ubah seperti kucing
dan terus berjalan.
Cicak Basilik Yang Boleh Berlari
Di Atas Air
Apa yang akan kamu fikirkan jika melihat seekor cicak berlari
di atas air? Mungkin kamu akan berkata, "Saya sedang bermimpi". Ini bukan
suatu mimpi; ianya realiti. Cicak ini, yang dikenali sebagai Basilik,
dapat berlari di atas air dan ia dapat melakukannya dengan pantas sekali.
Kepak di belakang kakinya membolehkannya memercik air. Kepak ini akan
tertutup apabila ia berjalan di atas tanah. Jika ia berhadapan dengan
sebarang bahaya, ia akan segera lari ke air dan mula berlari dengan laju.
Pada masa yang sama, kepak di kakinya terbuka dan memberikannya kelebaran
yang diperlukan untuk berlari di atas air.
Itik


Itik dapat terbang dengan
kelajuan lebih 50 km (30 batu) sejam. Di samping, ia sentiasa menukarkan
haluannya ketika terbang untuk melindungi dirinya daripada pemangsa. Apabila
perlu menyelam ke dalam air, ia akan melakukannya dengan kelajuan yang
pantas sehinggakan pemburunya tidak dapat mengejarnya.
Belalai Gajah
Belalai seekor gajah mengandungi 50,000 ribu otot. Apabila diperlukan otot-otot
ini akan mengecut, membolehkan gajah ini menolak muatan yang berat. Belalai
ini juga boleh digunakan untuk mengutip biji kacang dan memecahkannya di
dalam mulut gajah. Belalai ini yang dapat digunakan berbagai cara, boleh
digunakan sebagi jari panjang, trompet atau pembesar suara. Ia dapat menampung
4 liter (7 pain) air untuk minuman atau mandian.

Mungkin inilah pertama kali kamu mendengar tentang kehebatan sifat-sifat
makhluk ini. Mereka sangat hebat, bukan? Ini hanyalah sebahagian daripada
makhluk-makhluk menakjubkan di bumi. Terdapat beribu-ribu haiwan di bumi
ini yang kamu belum pernah lihat atau dengar mengenainya. Adakah semua
haiwan ini memperolehi keistimewaan-keistimewaan ini secara kebetulan?
Sudah tentu tidak! Allahlah yang telah menjadikan mereka bersama semua
sifat-sifat istimewa dan unik ini.
Sumber : http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/ciptaan/ciptaan05.php
If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.
Stay Connected With Free Updates