Adakah anda antara peminjam yang tak pernah bayar pinjaman PTPTN anda?Anda tertanya-tanya bagaimana cara untuk menyemak bil PTPTN anda? Jika anda belum tahu lagi, PTPTN telah menyediakan sistem semakan online untuk membolehkan anda menyemak penyata kira-kira anda. Sistem ini dinamakan E-FES. Anda boleh klik ikon E-FES di laman utama PTPTN, atau terus ke E-FES.
Saya anggap anda belum pernah menggunakan sistem ini. Anda perlu mendapatkan no PIN untuk login ke dalam sistem.
- Taip PTPTNNOPIN dan hantar ke 33199. Cth: PTPTN NOPIN 123456121234
- Anda akan dapat reply dari 33199 berbunyi
RM0.50:<123456121234>
Dalam contoh ini, No KP adalah 123456121234 dan No PIN adalah 111111.
Nombor PIN: 111111. Nombor ini digunakan untuk semakan pinjaman PTPTN. Maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my atau 03-20804455 - Pada menu login E-FES, taip No KP dan No Pin yang anda perolehi tadi.
- Anda akan dapat lihat Penyata Kira-kira selepas login. Tekan butang ‘Lihat Terperinci’ untuk lihat detail.
- Anda boleh mencetak bil dan membuat pembayaran secara online.