Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, April 18, 2011

(Panas) Pendedahan Eksklusif: Kisah Terlanjur

4/18/2011 11:10:00 PM
1 comments


Bukan untuk membuka pekung di dada, bercerita kisah lucah atau apa pun, kisah terlanjur cinta ini sekadar iktibar untuk semua pihak. Tak semua manusia mengharungi perkara manis sepanjang hidupnya, adakalanya manusia terpaksa menghadapi jatuh bangun kehidupan. Ikuti kisah gadis terlanjur K (bukan nama sebenar).
sunset
“Assalamualaikum, nama saya K. Saya salah seorang gadis terlanjur dan kini alhamdulillah, saya berada di jalan yang betul. Cerita ini bukanlah untuk mengaibkan, sekadar perkongsian agar generasi masa kini tidak terjebak dengan perkara yang akan membuatkan mereka menyesal.
Untuk pengetahun, keluarga saya bukanlah keluarga yang berada, saya cuma anak kampung biasa. Apa yang paling perit, keluarga saya bukanlah daripada jenis yang ambil peduli. Ayah sibuk, ibu pun sibuk.
Di sekolah, ramai mengenali saya sebagai seorang gadis yang bersosial. Saya punya ramai kawan lelaki. Waktu ini saya belum lagi terjebak dengan perkara buruk. Sewaktu di Tingkatan 4, saya berkenalan dengan seorang lelaki daripada kampung bersebelahan. Daripada saat ini, saya mula terjebak dengan kegiatan seks bebas. Bermula di Tingkatan 5, hampir setiap kali berjumpa, kami mesti mahukannya.
Masa terus berlalu, semasa tempoh percubaan SPM, ayah meninggal dunia. Waktu yang sedih untuk kami. Selepas itu, ibu pula makin galak bekerja. Saya pula berasa gembira kerana lebih bebas, hari terus berlalu, dan saya makin hanyut. Mungkin ada yang tertanya, tidakkah rasa berdosa waktu melakukannya. Memang, ada rasa berdosa dalam diri, tetapi, tiap kali melakukannya, perasaan menjadi gelap, sukar berfikir. Saya pernah juga bertanyakan, sampai bila kami hendak hidup begini, tapi, lelaki itu tak menjawab.
Perbuatan terkutuk ini berlanjutan agak lama, sehinggalah ke satu hari dimana saya mengetahui yang saya mengandung. Gelap dunia. Rasa panik, menyesal dan sedih terus menyelubungi diri. Saya tanyakan pada lelaki untuk berkahwin, dia menjawab sudah terlambat. Hancur luluh perasaan waktu itu. Mujur, kakak lelaki campur tangan, dia berikan satu pilihan, untuk saya ke pusat kerohanian di Kuala Lumpur. Dia kata, ramai yang senasib dengan saya. Saya setuju.
Di pusat ini, kehidupan saya bermula semula. Saya akui, perasaan malu terus mencengkam dalam diri, seolah-olah diri ini tercampak ke dalam kolam najis. Kotor. Selalu juga saya menyalahkan diri, kenapalah saya mesti lahir sebagai diri saya. Allah saja yang tahu.
Dalam putus harapan, satu hari seorang makcik memberitahu saya, “Tak semestinya buat salah Allah tak ampunkan, tak semestinya masuk neraka, pintu taubat terbuka untuk orang yang bertaubat..”
Hiba. Sayu. Pilu. Sejak itu saya percaya hidup tidak terumbang-ambing, seolah-olah munculnya sinar harapan baru di dunia ini, tidak lagi rasa terhina seperti dulu. Saya meneruskan hidup dengan azam baru, untuk berubah menjadi lebih baik.
Untuk yang di luar sana, nasihat saya, carilah kawan yang betul-betul baik, bukan yang suka bersosial. Andai ada teman baru yang mengajak ke tempat-tempat tak sepatutnya, janganlah diikut. Carilah persekitaran yang lebih baik. Selain itu, belajarlah ilmu agama. Bukan sahaja belajar tetapi diamalkan. InsyaALLAH, akan mendapat panduan daripada ALLAH.”
bila mengenang kisah lalu
ku sedar dari kesilapan lalu
tuhan beratnya dosa-dosaku
masihkah ada ampunan buatku


Nota : Hayatilah lagi ini dan jadikan kisah ini sebagai satu ikhtibar untuk kita menjadi seorang yang lebih baik.InsyaAllah...

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

1 comments:

Anonymous said...

I've been exploring for a little for any high-quality articles or weblog posts on this kind of space . Exploring in Yahoo I ultimately stumbled upon this web site. Reading this info So i am glad to exhibit that I've a very excellent uncanny feeling I came upon just what I
needed. I such a lot undoubtedly will make sure to
don?t forget this website and provides it a glance regularly.



Also visit my page - www.michaelkorsoutlet365.us/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...