Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, July 11, 2011

Rahsia Tersembunyi Dalam Logo ( TradeMark ) Terkenal

7/11/2011 10:06:00 PM
0 comments


Assalamualaikum semua..

Sorry ye semua sebab entry hari ni sedikit untuk bacaan korang..Bukan ape,tadi aku dah jual blog aku.:: DiARi sEOrAng rEMaJA ::...Sebab aku dah ada blog baru iaitu " Dunia Seorang Remaja "..Ok,aku tak nak cerita pasal blog..Kita back to main topic k..Aku nak bagi tau korang semua rahsia yang mungkin korang tak tahu dalam logo-logo terkenal.

1 .Carrefour

Logo tersebut melambangkan perkataan Carrefour melalui dua anak panah berlawanan. Mereka juga menambah huruf pertama dari perkataan Carrefour pada logo tersebut. Jika dilihat dengan teliti, anda akan melihat huruf C di ruangan negatif antara dua anak panah.

2. Formula 1
Pada awalnya, logo ini mungkin nampak biasa. Tetapi jika dilihat dengan teliti, anda akan dapat melihat nombor 1 dalam ruangan negatif antara F dan garis-garis merah.

3. Sony Vaio
Sony Vaio merupakan salah satu jenama laptop yang terkenal di dunia. Logo Vaio juga mempunyai maksud yang tersembunyi. Dua huruf pertama mewakili  isyarat analog asas. Dua huruf yang terakhir  kelihatan seperti 1 dan 0, mewakili isyarat digital.

4. Sun MicroSystem
Logo Sun adalah salah satu ambigrams paling terkenal di dunia. Anda boleh membaca nama jenama ini pada setiap arah, baik melintang dan menegak. Logo ini direka oleh Vaughan Pratt profesor dari Universiti Stanford.

5. Amazon.Com
Logo ini nampaknya tidak menyembunyikan apa-apa maksud pada pandangan pertama.Coretan kuning kelihatan seperti senyuman memberi maksud Amazon.com ingin memberi kepuasan kepada pelanggan mereka. Coretan ini juga menghubungkan huruf a dan z yang bermaksud kedai ini mempunyai segala-galanya dari a hingga z.

So,pernah tak korang perasan benda yang aku perasan ni..Kalau korang pernah,aku ucapkan tahniah..Kalau belum,tengoklah kat atas tu semula..Hehehehe...:)


If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...