Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, April 18, 2011

Artikel Wajib Baca: Kemelut Melanda Proton, Sampai Bilakah Proton Mampu Bertahan di Dunia?

4/18/2011 11:21:00 PM
0 comments


Proton EMAS, Proton Waja Lancer, Proton Gen2, Proton Savvy, Proton Satria Neo, Proton Exora.
Masalah Proton bukan lagi satu rahsia. Rata-rata melibatkan anak syarikatnya Lotus Group yang tidak mendatangkan keuntungan selama beberapa tahun. Terbaru, persengketaan terjadi diantara Proton dan Tony Fernades, pemilik AirAsia dimana penggunaan nama Lotus menjadi persoalan dalam pasukan Formula 1.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir:
“Kami percaya jenama Lotus akan menjadi satu jenama paling berharga dalam Formula Satu hari ini. Kami sebagai pemilik jenama ini akan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankannya. Tony Fernandes tidak mempunyai hak untuk menggunakan jenama Lotus dalam sesi 2011, dan kami akan menguatkan pelaksanaan untuk tidak membenarkan beliau menggunakan jenama itu tanpa kebenaran dan tidak teragak-agak untuk menghentikan penajaan kepada pasukan Lotus Racing”.

Mengimbau perkembangan Proton, bermula dengan pengeluaran kereta Proton Saga, kereta tempatan pertama, Proton terus kukuh sehingga ke tahun 2010. Dalam tahun 2009, Proton merekodkan keuntungan RM54.55 juta hanya untuk suku kedua tahun 2009. Namun begitu, Proton tidak lari daripada kritikan.

Proton Konsep PM5 (ehsan www.paultan.org)

Kritikan utama datangnya daripada pandangan pembeli tempatan yang beranggapan bahawa kereta Proton terlalu mahal berbanding kualiti yang ditawarkan. Permasalahan terus timbul ekoran tarif tinggi yang dikenakan ke atas kereta import yang dianggap satu proses menghalang persaingan sengit kepada Proton. Tidak boleh tidak, pembeli kereta pertama kebiasaanya membuat keputusan membeli kereta tempatan seperti Proton walaupun dengan hati yang kurang rela. Masalah juga timbul ekoran persaingan sengit industri automotif antabangsa selain masalah perjanjian Asian Free Trade Agreement (AFTA) yang sepatutnya sudah dilaksanakan kini keatas industri automotif.

Selepas menamatkan pengeluaran Kereta Proton Perdana yang dianggap kereta kelas tinggi, Proton dilihat mula mendapat rentak dengan memberikan fokus pada pasaran kereta kelas rendah.
Proton berusaha menangani persaingan antarabangsa selain persaingan sengit daripada Perodua,  apabila tampil dengan rekaan bermutu bermula dengan proton Gen2, Satria Neo, Persona, Savvy, Exora dan yang terkini Proton Waja Lancer.
Proton Waja Lancer

Walaupun menutup perbincangan dengan Wolkswagon, Proton dikhabarkan sedang membuat rundingan dengan pengeluar kereta daripada Perancis dan Eropah untuk pengeluaran kereta hybrid pertama selepas 25 tahun beroperasi, Proton Emas. Difahamkan Proton Emas akan dapat berada dipasaran sekitar tahun 2011.

Proton EMAS

Pada bulan Mac lalu, Proton telah mengesahkan perbincangan dengan Hero Group, syarikat pengeluar kereta terbesar India, untuk berganding bahu menembusi pasaran di India.
Untuk pasaran di China, Proton mensasarkan peningkatan jualan bagi tahun berakhir Mac 2011 sebanyak 30%. Ini memerlukan peningkatan kepada 30, 000 unit daripada sekitar 23,000 pada tahun sebelumnya.

Namun, ini tidak bermakna masalah sudah selesai. Persoalan utama timbul, sampai bilakah Proton mampu bertahan dengan tekanan harga di Malaysia dengan sumber keuntungan utama daripada pembelian tempatan? Juga, sampai bilakah Proton mampu menepis tekanan AFTA dan kemajuan sektor automotif luar negara terutamanya persaingan utama kereta kelas rendah daripada China dan India?
Proton Konsep MPV

Dikhabarkan, penjualan kereta Proton di luar negara kurang memberangsangkan. Untuk pasaran UK contohnya, Proton hanya berjaya menjual sekitar 960 unit kereta pada tahun 2009. Ini juga berikutan imej buruk yang diterima Proton kerana dianggap kereta berkualiti rendah dan tidak bernilai berbanding kereta kelas rendah keluaran Kia, Chevrolet dan Hyundai.

Tanda tanya masih wujud, bagaimana dengan masa depan Proton? Mampukah Proton merealisasikan impian bersaing sama tinggi dengan pengeluar kereta utama dunia, dan dapatkah Proton menepis tanggapan pembeli tentang tahap kualitinya yang dianggap terlalu rendah? Cuma masa mampu memberikan jawapan.

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...