Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, April 18, 2011

Fakta Cinta, Fakta Menarik Tentang Wanita, Lelaki dan Hubungan.

4/18/2011 11:38:00 PM
0 comments


Fakta menarik tentang lelaki dan hubungan menurut kacamata wanita.

1) Peas in a Pod
“Opposites attract”, satu perkara yang selalu diperkatakan dalam perhubungan. Namun, kajian terbaru menunjukkan bahawa pasangan bertahan lebih lama jika mereka mempunyai beberapa ciri dan minat yang sama.

German Institute for Economic Research merekodkan “lima ciri utama’ dalam lebih daripada 6000 pasangan. Antara ciri yang dikongsi adalah rasa persetujuan (agreeableness), keterbukaan (openness), persamaan dalam prinsip kehidupan (conscientiousness), manakala bersikap meluahkan (extroversion) dan kestabilan emosi (emotional stability) tidak memainkan peranan dalam memilih pasangan.

Rasa persetujuan (agreeableness) dan persamaan dalam prinsip kehidupan (conscientiousness) sangat konsisten dalam perhubungan perkahwinan yang bertahan lama, menunjukkan bahawa pasangan yang berkongsi ciri ini akan dapat bertahan lama.

Namun begitu, jangan khuatir jika citarasa dan sikap kamu berbeza dengan pasangan kerana pakar psikologi University Oregon, Sanjay Srivastava mengatakan bahawa, “Mungkin semakin lama pasangan bersama, semakin tinggi peluang untuk memiliki ciri dan sikap yang serupa”.

Moral of the story: Selalu berselisih faham walaupun perkara remeh? itu tanda anda tidak serasi.

2) Moody Advantage
Inilah masanya untuk anda bersedihan kerana perasaan sedih boleh membantu anda. Kajian daripada University of New South Wales menemukan bahawa emosi negatif boleh membuatkan seseorang kurang naïf dan memperbaiki keupayaan untuk menilai seseorang dan meningkatkan memori.

Kajian melibatkan stimulasi perasaan dalam diri peserta kajian dengan menonton sama ada filem sedih atau filem gembira. Kajian ini menunjukkan mereka yang mempunya emosi negatif lebih cenderung untuk mempamerkan keupayaan berfikir dengan tepat, lebih menumpukan perhatian, dan berusaha memahami persekitaran dengan pemikiran kritikal.

Adalah dipercayai bahawa perasaan bersedihan “melancholy mood” membantu strategi memproses maklumat ke situasi yang sangat runcing dan diperlukan dan hidup.

Moral of the story: Wanita yang bersedih kerana putus cinta? Gunakan perasaan ini sebaik-baiknya dengan belajar bersungguh-sungguh. Selain dapat menyibukkan diri untuk melupakan, ia juga baik untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

3) Get The Message
Ini adalah panduan mengukur tahap sihat perhubungan. Kaji ‘instant messages (IM)’ anda baik perhubungan melalui YM, MSN ataupun khidmat pesanan ringkas telefon.

Penyelidik daripada University of Texas, Austin membuat penilaian tentang khidmat mesej IM selama 10 hari untuk 68 pasangan. Mereka menemukan bahawa, semakin banyak wanita menggunakan perkataan “I”, semakin tinggi perasaan gembira mereka alami. Tetapi, semakin banyak lelaki menggunakan “you” or “me”, semakin rendah perasaan gembira wanita alami.

Penyelidik daripada universiti ini membuat kesimpulan bahawa penggunaan “I” yang kerap mungkin menjadi tanda bahawa mereka lebih bersikap terbuka dalam perbualan dengan pasangan mereka. “You” menggambarkan penuduhan, bersikap mengejek dalam diam “sarcastic” juga boleh menunjukkan sesuatu yang tidak sihat dalam perhubungan.

Moral of the story: Mula perhatikan mesej-mesej yang anda terima. Ada tanda-tanda ini? Jika ada, he might not be so into you.

4) Flirting for Knowledge
Anda lelaki, bertemu seorang wanita. Wanita itu memandang anda dalam senyap dan tersenyum. Anda perasan kelakuan ini. Adakah dia sukakan anda pada pandangan pertama? Mungkin tidak.
Kajian daripada Indiana University menunjukkan bahawa wanita berkelakuan sedemikian (flirt) untuk membuat keputusan samada mereka menyukai anda. Rakaman wanita dalam proses “speed dating’ menunjukkan 80% lelaki salah faham tentang perkara ini. Wanita yang melirik “flirt” bukanlah bermakna mereka mengejek, tetapi lebih kepada satu proses untuk mengetahui seberapa banyak maklumat tentang diri anda sebelum wanita membuat keputusan samada menyukai anda ataupun tidak, kata penyelidik, Dr Skyler Place.

Keliru? Perkara utama yang perlu dilakukan adalah, berikan dia seberapa banyak maklumat tentang anda jika seorang wanita berkelakuan begini. Who knows both of you will end up together.

Moral of the story: Lelaki jangan mudah perasan dan terus bersikap lain macam, Mungkin juga selepas first impression, wanita ubah fikiran. Jangan biarkan perkara itu berlaku. Kenali mereka.

5) Girls Like Team Spirit
Lelaki yang terlibat dalam aktiviti sukan berkumpulan dianggap lebih diminati dan dikagumi berbanding lelaki yang tidak bersukan atau terlibat dalam sukan individu, menurut kajian Laurentian University.
Penyelidik mengatakan bahwa wanita cenderung memilih lelaki yang terlibat dalam sukan berkumpulan kerana  mereka menunjukkan ciri-ciri bekerjasama, disukai (likeability), dan mendominasi (dominant) yang dianggap calon ayah yang baik.

Kajian melibatkan pelajar universiti wanita yang ditunjukkan 282 gambar untuk dikategorikan samada menarik (attractive) ataupun tidak (unattractive) dan maklumat aktiviti sukan dan status dalam aktiviti diberikan.

Status dan kadar tarikan mendapat rating tinggi, tetapi aktiviti sukan berkumpulan lebih diminati berbanding mereka yang bersukan solo ataupun tidak bersukan langsung.

Moral of the story: Jawapan kenapa wanita barat gemarkan lelaki bermain American football dan Rugby telah terjawab. Anda lelaki? Mulakan bermain sukan berkumpulan.

6) You Beauty
Sejauh mana kacak pun anda, mandian dan semburan deodorant lebih penting daripada rupa paras.
Menurut kaji selidik 10,000 orang di Malaysia oleh Synovate, syarikat kaji selidik terkemuka dunia, 1/3 wanita melaporkan bahawa penjagaan kebersihan yang baik (good hygiene) adalah satu keperluan untuk lelaki sebelum seorang lelaki dianggap kacak (handsome). Hanya 23% lelaki menganggap perkara ini penting kerana kebanyakan beranggapan bahawa otot tegap dan pemakaian bergaya merupakan faktor paling penting.

Kedua penting adalah lelaki yang “mempunyai ciri-ciri keyakinan yang tinggi” yang mana 20% responden merasakan perkara ini penting.

Untuk lelaki yang botak, jangan khuatir, hanya 1% wanita bersetuju bahawa rambut sangat penting untuk mengklasifikasikan seseorang sebagai kacak.

Moral of the story: Fakta atau auta? Tanyakan perempuan di sekeliling anda.

7) Bad Boys Win
Satu fakta, lelaki yang nakal (naughty guys) lebih popular dikalangan wanita. 200 pelajar kolej digunakan untuk kajian melalui ujian personality, dimana mereka yang mendapat markah tinggi dalam lingkungan “aktiviti nakal dan hitam (dark triad)” cenderung untuk mempunyai lebih ramai pasangan.

Moral of the story: Wanita tak gemarkan lelaki yang terlalu sopan, it’s too fake and not interesting at all. Be wild and naughty sometimes, if you are, that’s the charm you have.


Nota Kaki: Fakta cinta, perasaan dan lelaki melibatkan perempuan. Apa kata anda sebagai perempuan?

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...