1. Gunakan tangan anda
Ini mungkin kedengaran “pelik”, tetapi, dengan menggerakkan tangan anda untuk mempelajari sesuatu konsep dapat membantu otak untuk mengingati sesuatu yang penting, kata Jeff Brown, PsydD, ABPP, penulis bersama The Winner’s Brain.
Idea ini adalah bertujuan untuk menyimpan sekurang-kurangnya 2 jenis maklumat yang perlu diingat semula. Contoh terbaik adalah kanak-kanak yang ingin belajar konsep matematik dengan menulis di udara. Atau mungkin juga semudah mengingat nama orang yang baru dikenali dengan menulis di atas tapak tangan.
2. Dapatkan tidur yang mencukupi
Anda mungkin pernah mendengar konsep “sleeping on it” iaitu apabila anda menghadapi masalah atau sukar menyelesaikan masalah seperti matematik, tidur adalah cara terbaik.
Dr Brown berkata, “Sleep is critical for memory consolidation”. Ini bermaksud, tidur berupaya untuk membantu manusia membuat reasoning yang betul dan cuba memahami satu permasalahan yang dihadapi dengan merungkaikannya di dalam tidur. Sudah membayangkan Inception sekarang?
Dr Brown meneruskan, “Sekurang-kurangnya 6 jam tidur tanpa gangguan selepas didedahkan dengan informasi baru dapat membantu otak mengingat kembali ilmu yang dipelajari. Namun, ada pantang larang utama, “Tidak boleh ada informasi atau aktiviti baru diantara waktu ingin mengingat semula dan waktu ingin tidur. Ini bermakna – no reading, no TV, no sex, no music”.
Lepas belajar, terus tidur.
3. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan terbaik.
Memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sememangnya baik, dan ia juga baik untuk menguatkan daya ingatan. Kajian dalam bidang Pharmacology, kata Tosca Reno, pakar nutrisi dan kesihatan juga penulis buku terkenal The Eat-Clean Diet, menunjukkan bahawa terdapat nutrisi menguatkan otak yang penting ditemui dalam sesetengah elemen seperti quercetin dan anthocyanin, yang dapat membalikkan proses lemah daya ingatan.
Nutrisi berkaitan boleh didapati dalam sayuran seperti brokoli, kobis, dan juga daunan hijau termasuklah sayur bayam. Jangan lupa juga untuk makan sayuran dan buahan yang mempunyai warna terang seperti epal merah, terung dan anggur. Warna terang ini menggambarkan kadar antioxidant pembantu otak yang tinggi.
4. Dapatkan Rosemary untuk dihidu.
Daun parsley, sage, ataupun herba Thyme adalah baik untuk ingatan, tetapi, herba Rosemary adalah terbaik untuk dihidu. Kajian terbaru menunjukkan oleh penyelidik UK menunjukkan herba Rosemary dapat membangkitkan daya ingatan jangka panjang.
“Terdapat banyak minyak penting yang dapat membantu ingatan, namun Rosemary adalah yang terbaik dan termurah setakat ini, kata Cher Core, pakar aromaterapi daripada Boston. “Rendamkan minyak Rosemary didalam air atau boleh gunakan ia didalam pewangi.”
Bagi yang sukar mendapatkan herba Rosemary, jangan khuatir, cubalah herba lain. Daun Kari, Daun Kunyit atau Daun Parsley mungkin?
5. Tumpukan perhatian.
This is like, duhhh? Ia mungkin kedengaran sangat biasa, namun menurut pakar, apabila seseorang berfikir dia mengalami masalah ingatan, ini adalah kerana mereka terganggu ataupun tidak merekod maklumat itu di otak dengan sempurna, kata Linda Edelstein, PhD, adjunct faculty di Northwersten University yang juga penulis buku The Art of Midlife.
Linda menambah, “Anda tidak boleh mengingat kembali maklumat jika anda tidak pernah mengingatnya didalam otak.”
Untuk ini, stop multitasking jika ingin menghafal dan obviously, no facebook or twitter!
6. Pelajari lagu baru
Adakah anda pernah mengalami peristiwa anda masih menyanyi lirik lagu yang anda minat 5 tahun dulu? Dengan mengingati lagu, “anda akan menggunakan sekurang-kurangnya dua jenis memori, auditory dan verbal, sesuatu yang mungkin anda jarang lakukan dalam hidup”, kata Cynthis Green, PhD, seorang pakar dalam bidang kesihatan mental dan memori.
“Kajian ini menunjukkan bahawa dengan melatih otak untuk mengingat sesuatu yang mencabar akan dapat membantu masalah ingatan dan mengurangkan risiko kegilaan dalam jangka masa panjang”
Untuk yang ingin mengingat dalam bahasa Inggeris, adalah digalakkan untuk menghafal lirik lagu Inggeris. You memorise many English song lines, start utilising them properly!
7. Mulakan langkah dengan Doodle
Apa itu Doodle? Doodle adalah satu proses menconteng buku tanpa arah tujuan. Jadi fikirkan sekarang, bilakah kali terakhir anda mengambil pensil atau pen dan membiarkan minda anda menerawang dan terus melukis gambar hati, pelangi atau apa jua pun yang terlintas di fikiran anda?
Surprise surprise, Dr Green berkata, teknik Doodle mungkin menjadi rahsia penting dalam menguatkan ingatan.”Doodling adalah satu proses yang membantu tahap konsentrasi, dan aktiviti yang sangat memerlukan fokus ini adalah satu langkah awal yang penting dalam proses mengingat dan memahami”.
Nota Kaki: Dipetik dan diadaptasi daripada artikel Yahoo Health. Ada juga kaedah berunsurkan Islam, contohnya membaca dan menghafal al-quran. Ini bukan sahaja menenangkan fikiran, tetapi juga melancarkan tutur kata yang membantu melancarkan peredaran sistem otak.