Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, April 18, 2011

Bukti Saintifik Hikmah Pengharaman Babi

4/18/2011 11:39:00 PM
1 comments


Bukti-bukti saintifik berdasarkan kajian barat tentang bahaya babi dan bukti hikmah pengharaman babi oleh Islam.

babi

Kajian mendapati babi membawa kuman yang boleh menyebabkan penyakit yang teruk kepada manusia. Dr Glen Shephard pada 31 Mei 1952 menulis dalam akhbar “Washington Post” di Amerika seperti berikut:

“Satu daripada enam orang di Amerika Syarikat dan Kanada ada kuman Trikinosis (trichinosis) dalam daging mereka disebabkan oleh memakan babi yang mempunyai Trichinella spiralis. Kebanyakan yang kena penyakit tidak menunjukkan kesan penyakit. Kebanyakan yang mempunyai kesan penyakit pulih semula dengan mengambil masa yang lama, ada yang mati, dan ada yang menghidapi penyakit selama-lamanya. Semuanya kerana memakan daging babi dengan tidak berhati-hati. Vaksin-vaksin tidak memberi kesan atas parasit yang sangat merbahaya ini. Mencegah diri daripada penyakit-penyakit adalah jawapan yang sebenarnya.”

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga merupakan Penolong Profesor Perubatan di Pathology dan Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan lebih daripada 25 penyakit yang boleh dijangkiti babi. Diantaranya ialah:

-Antrax
-Ascaris suum
-Botulism
-Brucella suis
-Cryptosporidiosis
-Entamoeba poolecki

Kajian oleh Alix Fanp (M.A), Murry J. Cohen (M.D), Marjorie Cramer (M.D., F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati diantara penyakit-penyakit ini, ada yang boleh membawa maut, sebagai contoh, leptospirosis yang boleh menyebabkan kerosakan hati atau liver, dan buah pinggang.

Alix Fano, pengarang buku Lethal Laws – Animal Testing, Human Health and Environment Policy, mengesahkan kuman-kuman virus daripada babi mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa. Pada bulan Mac 1997, saintis-saintis Britain melaporkan penemuan kuman berbahaya retroviruses PERVS daripada babi. Virus ini membiak di dalam tabung uji yang mempunyai sel-sel buah pinggang manusia dan ia merebak melalui cecair yang ada pada tubuh manusia dan ini menyebabkan ia mudah menjangkiti orang lain.

Pada bulan November 1997, Dr Robin Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan semua aktiviti pembedahan pemindahan organ daripada babi kepada manusia.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar sains yang dipimpin oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, daripada Universiti Wisconsin. Penemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis-saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau ‘tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk berbahaya’.

BBC News bertarikh 29 Oktober 1999 memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia moden pada tahun 1918. Mengikut kajian ini, virus binatang yang biasanya tidak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel dalam babi ini. Kajian-kajian saintis menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat.

Nota Kaki: Dipetik daripada tesis untuk Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Hadith Universiti Malaya bertajuk ‘Binatang-binatang dalam Al-Quran’ oleh saudari Zunaini bt Telimik.

Sekadar perkongsian ilmu berdasarkan kajian saintifik yang diselarikan dengan Al-Quran. Moga memberi manfaat kepada mereka yang belum mengetahui.

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...