Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, March 28, 2011

10 Kemalangan Paling Ekslusif & Termahal

3/28/2011 01:04:00 AM
0 comments


Bercakap @ bercerita pasal duit ni sema orang suka bak kata pepatah "ada beras kerja deras,ada padi semua jadi" atau kata-kata yang makin famous sekarang ni "duit bukan segalanya tapi segalanya perlukan duit" tapi tahu kah kita ada kemalangan paling tinggi kerugian atau termahal di dunia yang mana kerugian mungkin lebih tinggi dari kehilangan satu kotak air soya.Mungkin ada yang sudah tahu tapi jom kita tengok balik.Berikut adalah senarai kemalangan tersebut..

10)Titanic
Kos US$150Million


Adaptasi Hollywood untuk filem gergasi iaitu Titanic telah membuka mata masyarakat dunia daripada pelbagai generasi mengenai karamnya kapal tersohor pada ketika itu, Titanic sehingga meletakkan kejadian tersebut antara yang terkenal di dunia. Pada 15 April 1912, Titanic yang merupakan kapal yang paling besar, mewah dan termasyhur pernah dibina pada masa itu. Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan (ketulan ais) aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termasyhur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Tragedi Titanic melanggar (ketulan ais)Iceberg di Lautan Atlantik telah melibatkan sehinnga menelan kos US$ 7 juta untuk dibina (US$150 juta sekarang)


9)Tanker Truck vs Brigde
Kos: US$358Million

Pada Ogos, 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32 ribu liter minyak di Whiethel Brigde di German. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 90 kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan US$40 juta dan kos menukarkan jambatan adalah sebanyak US$318Million.
Psst : Cuba bandingkan dengn kejadian di negara kita, keretakan MRR2 contohnya, kos kerja2 pemulihan telah hampir menyamai kos pembinaan.



8) Metro-Link Crash
Kos: US$500 Million



  Pada September 2008, ianya dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalam sejarah California, 25 orang terbunuh. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NSTB) telah menyiasat dan ia berpunca daripada kesilapan jurutera Metrolink, Robert Sanchez boleh melalui laluan lampu merah sehingga mengakibatkan dua kereta kargo bertembung dan mengorbankan seramai 25 orang itu. Ianya berlaku akibat dari kesilapan konduktor yang cuai membalas SMS, dan tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakan undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih US$500 juta.



7)B-2 Bomber Crash
Kos: US$1.4 Billion



 B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, kemalangan ini disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US.



6)Exxon Valdez
Kos: US$2.5 Billion



Pada Mac 1989, tumpahan lebih 10.8 juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan bot dan helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dasyat dalam sejarah dunia moden. Kejadian tumpahan minyak daripada kapal tangki Exxon Valdez di barat mewujudkan kerosakan kepada ekosistem alam sekitar di bandar Valdez. Persekitaran yang rosak itu dijangka mengambil masa berpuluh tahun untuk pulih semula. Kos pemulihan melibatkan US$2.5 Billion yang ditanggung oleh Exxon.



5)Piper Alpha Oil Rig
Kos: US$3.4 Billion


Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia, pada Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair, kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada malamnya operasi akan dimulakan seperti biasa, apabila button ditekan satu letupan dasyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbakar menyebabkan 167 Pekerja mati.



4) Challenger Explosion
Kos: US$5.5 Billion

Pada Januari 1986 NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “Faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan maha dasyat. Kos untuk replacing Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan memakan kos hampir US$ 5 billion.




3)Prestige Oil Spill
Kos: US$12 Billion


Pada november 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah, kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangkinya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Spain. Kerisauan jika kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan daripada pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari Kapten Kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tengelam ditelan laut menyebabkan 20 juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke lautan. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung!!!!!.




2)Space Shuttle Columbia
Kos: US$13 Billion


Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada Februari 2003, hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Kos membina Kapal Angkasa Columbia memakan jumlah US$2 bilion pada 1978 (US$6.3bilion jumlah kini). US$500 juta dihabiskan untuk tujuan penyiasatan mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi di dunia.




1)Chernobyl
Kos: US$200 Billion


Pada April 1986 terjadi malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, ianya merupakan kemalangan paling mahal di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan lebih 1.7 juta manusia yang telah terkena kesan daripada malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat kesan seperti kanser disebabkan radiasi beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupan tersebut dianggarkan 400 kali lebih dasyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada WW2. Kemalangan di Chernobyl ini, meyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...