Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Monday, March 14, 2011

Facebook alat jerat seks

3/14/2011 11:05:00 PM
0 comments



Satu lagi jenayah cyber yang menggunakan facebook sebagai medium. Hati-hatilah menggunakannya. Jangan ada pula yang menjadi mangsa berikutnya….Abuaqil

---------------------------------

MANILA: Polis Filipina semalam berkata, Facebook dan laman sesawang sosial lain kini digunakan penjenayah seksual untuk menjerat mangsa, sekali gus menyumbang kepada peningkatan jenayah.
Jurucakap polis Filipina, Agrimero Cruz, berkata ketika ini pihak berkuasa menyiasat bagaimana penjenayah seks menggunakan Facebook atau mesej teks dari telefon bimbit untuk mempengaruhi orang ramai, terutama remaja, untuk dijadikan mangsa.

“Mereka mempunyai rangkaian, pengikut dan mempelawa remaja untuk menyertainya.

“Kemudian mereka mempengaruhi mangsa supaya terbabit dalam aktiviti seksual,” katanya.


Menurut Cruz, beberapa orang ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah begitu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihak berkuasa belum mempunyai data lengkap bagi mengesahkan berapa ramai orang menggunakan Internet atau telefon bimbit bagi menjerat mangsa seksual.

“Polis menyiasat aspek ini kerana undang-undang menangani jenayah seperti ini belum jelas.

“Setakat ini pihak berkuasa menganggap kes sedemikian sebagai rogol,” katanya.

Cruz turut mengingatkan bahawa mungkin lebih banyak kes rogol berlaku tetapi tidak dilaporkan kerana mangsa enggan merujuknya kepada polis. Kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan populasi Filipina mempunyai akses kepada Internet walaupun kebanyakannya hanya di kafe siber.

Secara purata, hampir seorang daripada dua warga Filipina memiliki telefon bimbit.

Kajian menunjukkan, warga Filipina adalah antara pengguna rangkaian sosial paling aktif di Asia.
Selain itu, negara berkenaan memang dikenali sebagai pengguna mesej teks paling aktif di dunia apabila secara purata penduduknya menghantar 220 juta mesej teks sebulan. - AFP

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...