Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada pelbagai kebaikan dan keburukan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.
Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.
1. Fikir dulu mengenai siapa yang anda nak add ataupun approved kerana anda mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.
2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk anda privatekan sesuatu yang anda tak mahu orang lain tahu mengenai anda.
Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.
1. Fikir dulu mengenai siapa yang anda nak add ataupun approved kerana anda mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.
2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk anda privatekan sesuatu yang anda tak mahu orang lain tahu mengenai anda.
3. Kenapa anda create akaun Facebook? Hanya untuk share photos? Share links dan update mengenai aktiviti yang anda lakukan? Kalau begitu limitkan information mengenai diri anda.
4. Sentiasa ubah password. Seboleh-bolehnya jangan gunakan password yang sama untuk semua akaun contohnya emel, maybank2u dan lain-lain.
5. Bila anda sign in di komputer yang berbeza, pastikan anda sign out dengan sepenuhnya. Jangan sesekali tick pada “remember me”.
6. Berhati-hati dengan apa yang anda post. Sekali anda update status dan komen, sesiapa saja boleh melihat apa yang anda tulis. Adakah anda ingin orang lain tahu tiada sesiapa di rumah anda kerana anda pergi bercuti ataupun anda sedang keseorangan di rumah?. Ingat!!Gerak geri anda sedang di perhatikan.
7. Berhati-hati dengan serangan phishing. Anda mungkin akan terpedaya dengan halaman palsu yang seakan-akan halaman sebenar. Akaun facebook, myspace dan maybank2u tak terlepas dari ditiru oleh pihak yang tak bertanggungjawab.
8. Ambil tindakan dengan segera. Jika kawan anda telah terima status update, message dan sebagainya walaupun anda tidak menggunakannya, cepat-cepat tukarkan password. Jika anda tak boleh log on akaun facebook anda, pergi ke bahagian Help link di bahagian bawah facebook page dan klik pada "security" untuk maklumkan kepada Facebook.
9. Jangan sesekali klik pada link yang anda tak tahu dari mana datangnya link tersebut. Contohnya seseorang yang tidak anda kenali telah send link pada status dan message anda, elakkan dari klik link tersebut jika anda ragu-ragu.
10. Gunakan facebook untuk kerja-kerja yang bermoral dan berguna untuk anda contohnya meluangkan masa untuk berkongsi pendapat dan menambah kenalan. Elakkan dari membuat kerja yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan virus, menceroboh privacy orang lain dan sebagainya.
Diharap tips ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda semua tentang bahayanya rangkaian sosial jika tidak di uruskan dengan sebaiknya.