Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Wednesday, August 31, 2011

Bermain bentuk perkembangan emosi, sosial kanak-kanak

8/31/2011 11:54:00 PM
0 comments



BERMAIN adalah perkara penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak kerana ia membentuk bukan saja pertumbuhan fizikal, kognitif (mental) tetapi turut membabitkan perkembangan emosi serta sosial (budaya) kanak-kanak berkenaan.
Aktiviti berkenaan bukanlah satu paksaan sebaliknya lebih kepada keinginan semula jadi mereka terhadap apa yang boleh memberikan kegembiraan dan kepuasan tanpa memikirkan kesan bagi setiap aktiviti dilakukan itu.

Ketika bermain juga kanak-kanak belajar menggunakan anggota tubuh badan mereka secara semula jadi terutama otot tangan dan kaki yang menjadi semakin kuat dan lebih baik hasil daripada aktiviti berlari, memanjat dan melompat.

Bukan itu saja, kanak-kanak secara semula jadinya mempunyai jumlah tenaga yang banyak oleh itu, hanya melalui bermain mereka berupaya membakar tenaga berkenaan yang mana ia berupaya membantu mereka tidur dan makan dengan lebih baik.


Ini jelas diperlihatkan dalam perkembangan psikomotor yang mana adanya keseimbangan dan pergerakan badan membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan mereka dengan cara paling optimum.

Selain itu, bermain juga dapat memberi pengalaman mengenai keadilan, peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.

Daripada segi perkembangan kognitif, kanak-kanak belajar cara menggunakan fikiran mereka melalui deria rasa sama ada dengan melihat, merasa, mendengar, menghidu serta merasai elemen hidup berbeza antaranya saiz, warna, berat dan tekstur.

Perkembangan sosial pula berlaku apabila kanak-kanak berkenaan berhubungan dengan orang lain. Sebagai contoh ketika kemahiran bercakap dan mendengar berkembang, mereka akan mula berkomunikasi dan apabila bermain secara tidak langsung memberikan lebih banyak tindak balas dua hala.

Bagi perkembangan emosi, ia membantu kanak-kanak untuk berasa gembira yang mana mereka belajar cara untuk mengawal pergerakan serta tindak balas badan mereka terhadap perlakuan sesama sendiri.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan antara taman permainan luar dan dalam bangunan iaitu rekaan bagi taman permainan luar terhad kepada faktor luaran iaitu cuaca, suhu persekitaran serta habuk dan kotoran malah, terdedah kepada perbuatan vandalisme.

Bagi taman permainan dalam bangunan pula kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai pengalaman bermain dalam suasana lebih selesa dan menyeronokkan serta keselamatan mereka lebih terjamin kerana sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa.

Walaupun taman permainan direka dengan mengambil kira keselamatan kanak-kanak, ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab dan perlu sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak mereka.

Sehubungan itu, pembekal peralatan taman permainan dan kesihatan terkemuka Reka Setia Playground Sdn Bhd (Reka) melancarkan taman permainan dalam bangunan pertamanya, Reka Zone Playland di pusat beli-belah IOI Mall, Puchong.

Dibina pada keluasan 5,062 kaki persegi, ia terbahagi kepada lima seksyen berbeza iaitu A - pintu utama, kaunter tiket dan makanan ringan, B - tempat permainan kanak-kanak berusia bawah tiga tahun, C - arena bola getah, D - kawasan majlis keraian dan seksyen E - kawasan permainan tiub dan memanjat.

Pengarah Urusannya, Andy Low, berkata permainan bagi kanak-kanak kini bukan hanya terhad kepada berlari dan memanjat saja sebaliknya ia perlu dibina dalam membantu mereka untuk berfikir dengan lebih jauh, mereka dan membina.

“Kepelbagaian dan kemudahan dalam taman permainan dengan kelengkapan yang boleh dialihkan dan kompleks amat penting untuk kanak-kanak bagi memudahkan �mereka menyesuaikannya �dengan bentuk aktiviti dilakukan berbanding kelengkapan asas yang diberikan sebelum ini.

“Kami menyedari dalam dunia digital kini kanak-kanak seolah-olah kehilangan elemen paling penting dalam hidup iaitu menikmati dunia bermain dan disebabkan itulah kelengkapan permainan Reka dicipta untuk memenuhi konsep menghidupkan keceriaan dalam proses awal pembelajaran mereka,” katanya.

Selain itu, katanya taman permainan ini juga memberi peluang kepada ibu bapa dan anak untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara mereka.

Sempena pelancaran itu, kanak-kanak daripada Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras turut diraikan dan dibawa merasai sendiri keistimewaan taman permainan dalam bangunan yang disediakan itu.

Malah, memenuhi tanggungjawab sosialnya Reka turut menyumbangkan kelengkapan taman permainan istimewa bernilai RM17,500 kepada rumah kanak-kanak berkenaan yang kini mempunyai penghuni seramai 203 orang berusia antara satu bulan sehingga 17 tahun.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...