Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Wednesday, August 31, 2011

‘Tak pelik’

8/31/2011 11:44:00 PM
0 comments


KUALA LUMPUR: Tindakan mengasingkan diri dengan cara mendekatkan diri kepada Allah adalah tindakan positif dan sewajarnya dilakukan individu yang mengalami masalah dalam kehidupan mereka.
Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi & Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Wan Azreena Wan Jaafar berkata, cara seseorang mengatasi masalah adalah berlainan mengikut keselesaan mereka. Wujud sesetengah individu yang akan pergi membeli-belah atau makan dengan banyak sekiranya mengalami tekanan dan ada juga yang suka diam serta memendam perasaan.

“Seseorang yang mengalami masalah pasti akan mengalami tekanan dan kesannya, mereka akan menggunakan cara berdaya tindak terhadap masalah iaitu seperti menyendiri, pergi membeli-belah dan makan dengan banyak.
“Jika mereka selesa dengan cara itu, ia tidak menjadi masalah terutama pergi ke rumah Allah dan melakukan ibadat untuk mendapatkan petunjuk serta mencari ketenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley Salleh yang berkelana membawa diri menunaikan umrah di Makkah, sekali gus menyambut 1 Syawal bersendirian di Tanah Suci itu.

Pemergiannya ke sana berikutan hasrat untuk berhari raya bersama insan bergelar isteri dan anaknya tidak kesampaian selepas masalah pergolakan rumah tangga yang dialami.

Wan Azreena berkata, tindakan sedemikian tidak pelik kerana dia masih bertindak dalam keadaan waras.

“Jika ikutkan kisah Nabi Muhammad pun Baginda akan mengasingkan diri ke Gua Hira untuk mendekatkan diri kepada Allah dan ia ternyata sesuatu yang positif.
“Ini kerana, bagi seorang Muslim, pengakhiran usaha yang dilakukan untuk mencari ketenangan dan jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah adalah berserah kepada kuasa Allah,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...