Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Wednesday, August 31, 2011

Wenger kerja keras

8/31/2011 11:47:00 PM
0 comments


LONDON: Arsene Wenger berusaha keras dalam pasaran perpindahan pemain malam semalam bagi membentuk semula skuadnya.
Sasaran pertama pengurus Arsenal itu berjaya apabila tawaran �6.2 juta (RM30 juta) untuk membeli pemain pertahanan kiri Brazil, Andre Santos (gambar) akhirnya diterima.

Beliau kemudian tampil dengan bidaan �8 juta (RM38.9 juta) untuk memancing pemain tengah Chelsea dari Perancis, Florent Malouda.
Wenger terdesak untuk memantapkan skuadnya selepas dibelasah 2-8 kepada Manchester United Ahad lalu.

Beliau juga menawarkan �7 juta (RM34 juta) bagi mendapatkan pemain pertahanan tengah Chelsea dari Brazil, Alex dan turut berminat dengan rakan sepasukan pemain itu, Yossi Benayoun.

Ketika tempoh jual beli pemain akan berakhir malam ini, beliau masih tidak berputus asa untuk menandatangani pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill.

Kelab Turki, Fernebahce bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan Arsenal untuk membeli Santos, 28 dan perpindahan itu akan selesai jika pemain itu lulus ujian perubatan.

Alex sudah membuktikan kemampuannya di England manakala Cahill yang berusia 25 tahun bernilai �16 juta (RM77.7 juta) berdasarkan penilaian Bolton adalah antara pemain pertahanan terbaik Liga Perdana.
Malouda, 31, juga memiliki pengalaman luas bersaing di liga elit.

Chelsea meletakkan harga �10 juta (RM48.5 juta) kepada Alex, 29, namun ahli lembaga Arsenal yakin mereka boleh membawa masuk pemain itu dengan harga lebih rendah.

QPR bersama Blackburn dan Norwich untuk menandatangani kontrak pemain tengah Arsenal, Henri Lansbury. - Agensi

Sumber : http://www.hmetro.com.my

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...