Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Wednesday, August 31, 2011

Puasa proses jadi baik

8/31/2011 11:59:00 PM
0 comments


INSAF...mendekatkan diri kepada Allah bukan hanya melalui pelaksanaan ibadah semata-mata, tetapi dengan cara meninggalkan segala maksiat yang pernah dilakukan.
INSAF...mendekatkan diri kepada Allah bukan hanya melalui pelaksanaan ibadah semata-mata, tetapi dengan cara meninggalkan segala maksiat yang pernah dilakukan. 
KEJAYAAN puasa kita pastinya dapat dinilai daripada perubahan diri. Apakah kesan yang dapat kita rasakan selepas mengharungi madrasah Ramadan yang semakin hampir tiba ke penghujungnya?
Situasi itu sama seperti dalam dunia pekerjaan di mana Indeks Prestasi Utama (KPI) pekerja dinilai berdasarkan prestasi serta mutu kerja yang dilaksanakan.
   
Sama halnya juga penghayatan Ramadan kerana ia adalah latihan untuk mempelajari serta mengendalikan diri menjadi insan bertakwa.

Sekiranya kita melepasi ujian dan cabaran dengan cemerlang bermakna kita pasti dapat ‘bertempur’ melawan nafsu sepanjang tahun selepas Ramadan.


Mengekalkan konsisten selepas Ramadan itulah menjadi matlamat utama dan ia adalah proses manusia kembali semula kepada fitrahnya.

Sifat takwa memerlukan seseorang itu berbuat baik kepada dirinya sendiri, orang lain, alam sekitar dan beramal soleh dengan penuh ikhlas kerana Allah s.w.t.

Allah berfirman yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti orang-orang yang terdahulu. Mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah ayat 183)

Maka puasa terbaik dan bermanfaat adalah puasa yang mempengaruhi empat perkara dinyatakan di atas. Tarbiah Ramadan yang mencapai matlamatnya pasti melahirkan manusia berhati mulia, emosinya terkawal, menjaga adab sopan serta memiliki tubuh badan yang sihat.

Insan bertakwa juga menjadikan seorang itu cukup produktif dan mereka tidak menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri mahupun orang di sekelilingnya.
Semakin tinggi nilai takwanya semakin banyak manfaat yang diberikannya, malah mereka mempunyai darjat yang tinggi di sisi Allah s.w.t.

Allah s.w.t memberi balasan dengan rezeki yang tidak diduga, membuka jalan penyelesaian baginya, mempermudahkan segala urusannya serta mengampunkan dosa-dosanya.

Pada bulan Ramadan ganjaran pahala yang Allah s.w.t tawarkan amat berbeza, malah tidak mungkin ditemui pada bulan-bulan lain. Sebab itu, setiap kali tiba akhir Ramadan sahabat nabi berasa terlalu sedih.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Ali-Imran ayat 133)

Ayat berkenaan mengandungi kata ‘mudah-mudahan’ yang maksudnya tidak semua orang yang berpuasa itu menjadi bertakwa kerana ada kala�ngan kita yang dapat berpuasa selama sebulan, tetapi tidak mencapai tingkatan orang bertakwa.

Tidak ada proses pendidikan atau latihan yang menjamin dapat mengubah kualiti peribadi manusia hanya dalam masa sebulan. Jadi kenapa Ramadan mampu menghasilkan perubahan sehebat itu?

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Md Saad, berkata Allah s.w.t pasti memberi ganjaran ke atas kebaikan yang dilakukan hamba-Nya walaupun ia sebesar atom atau zarah.

“Jika tidak mampu menyempurnakan ibadah sunat khusus seperti solat Tarawih, tadarus al-Quran dan zikir, bukanlah perkara yang perlu dibimbang�kan kerana ia boleh diusahakan perlahan-lahan pada masa akan datang.

“Taqarrub atau mendekat�kan diri kepada Allah s.w.t bukan hanya dilakukan melalui pelaksanaan ibadah sunat semata-mata, tetapi dengan cara meninggalkan segala maksiat yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Ia adalah satu bentuk taqarrub yang sangat besar ganjarannya di sisi Allah,” katanya.

Beliau berkata, cara terbaik melaksanakan amalan beriktikaf dalam konteks kehidupan sekarang memerlukan persediaan mental serta fizikal.

“Hidupkan malam dengan amalan Qiamullail yang dapat meningkatkan hubungan kita dengan Allah s.w.t selain solat sunat dan bacaan al-Quran, anda boleh mendekatkan diri kepada Allah dengan membaca buku-buku agama atau muzakarah yang dapat meningkatkan keimanan kepada Allah s.w.t.

“Jika amalan itu masih tidak dapat menjadikan kita insan yang lebih baik, dibimbangi ia sekadar satu ritual rutin setiap Ramadan,” katanya.

Rahimi berkata, ibadah puasa perlu dilihat sebagai satu proses dan bukannya satu output.

“Jangan menganggap orang berpuasa itu menjadi baik, tetapi ia sebenarnya proses menjadi baik dan bertakwa.

“Kita perlu berusaha mening�katkan ilmu serta kefahaman yang bukan tertumpu kepada aspek prosedural atau mekanikal (cara pelaksanaan) semata-mata, tetapi menjangkaui aspek hikmah dan penghayatannya berpandukan penjelasan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.

Beliau berkata peluang mencari rahmat dan keredaan Allah s.w.t sentiasa terbuka sepanjang tahun selagi belum berlaku kiamat.

“Namun, ruang itu diperluaskan serta dipermudahkan Allah pada bulan yang mulia ini. Berdasarkan hadis nabi yang sahih, baginda menjelaskan bahawa pintu syurga dibuka seluas-luasnya, manakala pintu neraka ditutup serapat-rapatnya di sepanjang Ramadan ini.

“Makna hadis ini boleh difahami secara fizikal dan juga secara simbolik. Selagi mana pintu sesuatu tempat itu dibuka, maka selagi itulah kita boleh melewati atau memasukinya tanpa halangan.

“Oleh itu, sesiapa saja yang mendekatinya pasti mampu memperolehnya. Ikhlas akan melahirkan kesungguhan dalam melaksanakannya serta mencapai apa yang diharapkan.

“Oleh itu, peluang ini sentiasa terbuka buat kita semua walaupun Ramadan tahun ini hanya berbaki tiga hari saja lagi,” katanya.

Sumber : http://www.hmetro.com.my

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...