Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Sunday, October 2, 2011

Gambar Muzium Kesenian Islam Di Doha Qatar

10/02/2011 01:31:00 AM
0 comments


The Museum of Islamic Art adalah sebuah Muzium Kesenian Islam yang terletak di Doha,ibukota Qatar.Muzium tersebut direka oleh pereka I.M.Pei.muzium ini banyak menerima pengaruh rekaan islam yang sangat unik.muzium ini adalah yang pertama seumpamanya di Teluk Parsi dan memiliki banyak koleksi dari kesenian islam.Muzium tersebut juga dilengkapi Pusat Kajian,perpustakaan dan beberapa restoran.

Muzium ini memiliki keluasan 45.000 m2 yang terletak di tepi Pelabuhan Doha di ujung selatan teluk Doha.Muzium ini dibina oleh syarikat pembinaan Constr.Co Baytur,syarikat pembinaan yang berasal dari Turki.Muzium ini dibuka kepada orang awam pada tarikh 1 December 2008.Di muzium ini dipamerkan koleksi karya yang dikumpulkan selama 20 tahun kebelakangan ini.termasuk manuskrip,tekstil dan keramik.ia adalah koleksi paling lengkap mengenai artifak islam,dari Sepanyol,Mesir,Iran,Irak,Turki,India dan Asia Tengah.

pada usia 91 tahun,pereka I.M.Pei dipujuk keluar dari persaraan untuk pergi ke seluruh dunia islam dalam masa 6 bulan untuk mempelajari tentang rekaan islam dan teks sejarah islam untuk mencari inspirasi dalam rekaannya,I.M.Pei menyarankan untuk membuat pulau sendiri untuk struktur agar terhindar dari dilanggar bangunan lainnya.olek kerana itu dibangun sebuah kawasan seluas 64 hektar di sebuah pulau kira-kira 195 meter dari Doha Corniche yang dikelilingi taman.

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...