Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Sunday, October 2, 2011

‘Mereka menggila’

10/02/2011 11:51:00 AM
0 comments





Murid tahun enam sebuah sekolah rendah di Pasir Panjang di sini, yang pendiam dan kurang bergaul dengan rakan sekelasnya mendakwa sering menjadi mangsa buli dengan kejadian terbaru, dibelasah rakan sekolahnya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Muhammad Faizzuddin Mohd Sehat, 12, mendakwa dipukul selain dicakar mukanya dalam kejadian di surau sekolah.



Menceritakan kejadian, Muhammad Faizzuddin berkata dia didatangi seorang rakan sekelas ketika berada di surau lalu memukul lengannya.

Saya cuba bertindak balas tetapi pada masa sama, beberapa lagi murid lelaki yang juga rakan sekelas datang dan mereka terus menyerang menyebabkan saya tidak dapat mempertahankan diri.

Mereka memukul saya bertalu-talu disaksikan beberapa rakan sekelas lain yang tidak berani membantu, katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dua daripada rakan sekelasnya memegang kedua-dua tangannya dalam keadaan terlentang manakala seorang lagi duduk di atas perut sambil menumbuk mukanya bertubi-tubi.

Katanya, dia merayu supaya tidak terus diperlakukan demikian, namun tidak dipedulikan.

Selepas mereka semakin menggila memukul dengan tangan, saya nekad menggigit lengan kanan pelajar yang duduk di atas perut.

Penderitaan saya berakhir tidak lama selepas itu apabila mereka beredar dari situ dipercayai bimbang guru sekolah datang, katanya.

Muhammad Faizzuddin berkata, dia selalu menjadi mangsa buli rakan sekelas dan kelmarin adalah kemuncak kejadian itu.

Sementara itu, ibunya, Rohayati Mohamad, 38, berkata sebaik pulang dari sekolah kira-kira jam 12.30 tengah hari, anaknya kelihatan murung dan lemah serta termenung sebelum menangis.

Anak balik awal dalam keadaan lemah seperti orang kemurungan. Dia kemudian menangis dan menceritakan apa yang berlaku.

Saya terkejut apabila dimaklumkan dia dipukul selepas dibuli rakan sekelasnya ketika berada di dalam surau sekolahnya. Saya dapati ada kesan merah di belakang badan serta luka di bahagian kanan mukanya akibat dicakar, katanya.

Sebelum itu, Rohayati mendakwa anaknya kerap menjadi mangsa buli rakan sekelasnya berikutan kurang bercampur dengan kumpulan pelajar terbabit, namun keadaan semakin tegang pagi kelmarin hingga menyebabkan kecederaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljet Singh, mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes berkenaan. Siasatan lanjut sedang dilakukan dan mangsa yang mengalami kecederaan di lengan, lebam muka, kepala dan badan menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Panjang sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut, katanya.

sumber maklumat : http://hmetro.com.my/

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...