Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Sunday, October 2, 2011

Tajaan jersi bolasepak termahal di dunia.

10/02/2011 03:44:00 PM
0 comments


1: Barcelona - £25m setahun bersama Qatar Foundation


Pejanjian 5 tahun yang berharga £125m pada Desember 2010 menjadikan Barcelona sebagai pasukan terbaru yang berada di tempat pertama.Walaupun secara sukarelanya mereka selama 5 tahun memberi hak paparan tersebut kepada "Unicef" tetapi kini dengan tekanan kewangan di era bolasepak moden, mereka terpaksa memberikan hak tajaan kepada Qatar Foundation yang melakukan kerja-kerja amal untuk projek pendidikan di timur tengah.

2: Bayern Munich - £23.6m setahun bersama Deutsche Telekom


Deutsche Telekom sebagai syarikat telekomunikasi terulung di Eropah telah meneruskan komitmennya menaja Bayern Munich selama 3 tahun sehingga 2013.

3: Manchester United - £20m setahun bersama Aon


Manchester United membuat perjanjian dengan Agensi Perkhidmatan Kewangan Amerika AON selama 4 tahun dengan nilai £80m pada June 2009 bermula dengan kempen mereka pada 2010/11. Sebelum itu AIG telah menaja mereka dengan bayaran £14m setahun.

4: Liverpool - £20m setahun bersama Standard Chartered Bank


Liverpool telah menamatkan perjanjian jangka panjang mereka bersama pengilang Beer terkemuka Denmark Carlsberg dengan mengadakan perjanjian 4 tahun dengan Standard Chartered Bank pada Sept 2009. Sebuah bank yang disenaraikan di bursa kewangan London dan Hong Kong.

5: Real Madrid - £20m setahun bersama BWIN


BWIN, sebuah website perjuadian telah melanjutkan tajaan mereka untuk Real Madrid sejumlah $20m setahun selama 3 tahun.

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...