Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Sunday, October 2, 2011

Tiada aliran Inggeris

10/02/2011 11:53:00 AM
0 comments



Oct 1, 2011

Tiada aliran Inggeris

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook



Kerajaan tidak akan memberikan sebarang ruang kepada permintaan untuk menubuhkan sekolah aliran Inggeris biarpun ada permintaan daripada masyarakat kerana sistem sedia ada tertakluk kepada akta dan Dasar Pendidikan Negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akta sedia ada jelas memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan isu untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran dan pengajaran tidak timbul. Ia berbalik kepada akta pendidikan dan dasar pendidikan negara yang jelas bahasa pengantar di sekolah kebangsaan adalah bahasa Malaysia.



Tak mungkin akan ada sekolah aliran Inggeris, kecuali ada perubahan dasar dan akta pendidikan yang ada. Selagi ia tidak berubah dan kekal, tidak akan ada sekolah dalam aliran berkenaan, katanya pada sidang media selepas lawatan kerja di universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, semalam.

Mengulas mengenai Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ketika sesi dialog bersama mahasiswa sebelum itu, beliau berkata, kerajaan mengambil kira kebolehan pelajar menguasai bahasa Inggeris kerana yang penting ialah penguasaan ilmu.

Kita jangan lupa, sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat, bahasa kebangsaan sebagai mana yang tercatat dalam Perlembagaan negara adalah bahasa Melayu yang harus kita daulatkan, katanya.

Menurutnya, ini terbukti selepas organisasi antarabangsa seperti (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) mengakui bahasa ibunda adalah bahasa terbaik untuk murid memahami pembelajaran peringkat awal.

Kita faham bahawa bahasa Inggeris digunakan di peringkat global. Tetapi kita perlu mempunyai satu sikap bahasa Melayu ada kekuatan dan keistimewaan sendiri.

Jika institusi seperti universiti tidak berusaha bersama-sama mempelopori dan memartabatkan bahasa Melayu, saya percaya ia akan jadi bahasa yang tidak lagi dikenali di dunia, katanya.

sumber maklumat : http://hmetro.com.my/

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...