Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah.
Diberi
nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar
langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat
daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini.
Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu.
Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga.
Antara
penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan
berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang.
– Agensi
Sumber : http://malay.uptomu.net