Ahli
perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium
itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman
juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
1-
Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah
kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110
kali degupan jantung seminit.
2-
Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding
dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60
tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas
seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah
paru-paru.
3-
Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada
gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku
yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan
kerosakan gigi.
4-
Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang
daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama
boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
5-
Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi
kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa
hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin
bercium.
6-
Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan
membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri
kepada pencium.
7-
Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia
meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang
dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu
sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu
mengurangkan berat badan.
8-
Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman
yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan,
menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga
mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
9-
Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan
beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan
bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur.
Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu
membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
10- Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
11- Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
12-
Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur.
Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu
mengurangkan kesakitan pada tubuh.
P/S:
Setelah baca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang
layak (suami isteri). Tapi yang masih belum punyai isteri atau suami
untuk bercium…Sabarlah dulu. Buat masa ini anda boleh mengunyah gula-gula getah yang mengandungi esktrak pudina dan menthol dulu ya…
Sumber : http://iniaminzunaidi.blogspot.com/2011/07/cium-itu-bagus.html