Icon
Icon
Icon
Icon
Icon
Icon

~Teratak I-City~

Saturday, September 10, 2011

Kapal Solar Tertua di Dunia ditemui?

9/10/2011 09:04:00 PM
0 comments


Kapal solar tertua di dunia Kapal Solar Tertua di Dunia ditemui?

Satu pasukan ahli arkeologi Mesir dan Jepun menemui kapal solar Firaun Khufu yang mungkin adalah Kapal Solar Tertua di dunia baru-baru ini yang terletak berhampiran piramid agung Giza.
Kapal solar pertama ditemui pada 1954 dan mula dipamerkan pada 1982, berhampiran piramid selepas kerja baik pulih yang mengambil masa 13 tahun. Manakala, kapal solar kedua Firaun Khufu dikesan pada 1987 di dalam sebuah lubang besar, di sebelah barat kapal solar pertama. Kedua-dua kapal itu terletak di bahagian selatan Piramid Khufu di Giza. Selepas kerja baik pulih selesai, kapal kedua akan ditempatkan berhampiran pagar piramid, manakala kapal pertama akan dipindahkan di Muzium Besar Mesir yang sedang dalam pembinaan.
Kedua-dua kapal dibuat daripada kayu cedar Lubnan dan kayu akasia Mesir. Kerja pemuliharaan ‘kapal solar paling tua di dunia’ tersebut akan mengambil masa kira-kira empat tahun sebelum ianya boleh dipamerkan kepada pelawat.
Raja Khufu antara Firaun terkenal dalam dinasti keempat dan pemerintah yang membina Piramid Khufu. Orang Mesir purba percaya kapal itu dibina untuk membawa beliau kepada kehidupan abadi.
Kapal solar tertua di dunia 2 Kapal Solar Tertua di Dunia ditemui?
Kapal solar tertua di dunia 3 300x151 Kapal Solar Tertua di Dunia ditemui?
Kapal solar tertua di dunia 4 300x151 Kapal Solar Tertua di Dunia ditemui?
p/s – Teknologi zaman dahulu kala kadang kala menjangkaui teknologi zaman sekarang. Dulu-dulu pun dah ada Kapal Solar, bukan sekarang jer ada. icon wink Kapal Solar Tertua di Dunia ditemui?

If You Enjoyed This Post Please Take a Second To Share It.

Stay Connected With Free Updates

Subscribe via Email

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...