anaknya dirawat |
akhirnya meninggal dunia |
kekurangan zat |
menunggu dirawat |
Seperti yang diberitahu kepada saya oleh Ustaz Darus, nama Somalia itu sebenarnya berasal dari perkataan Zu-maal. Yang beerti 'pemilik harta'. Asal negara Somalia adalah satu negara yang kaya. Dikatakan bahawa, dulunya orang-orang Somalia tidak memakan ikan walaupun negara itu berada di tepi laut. Mereka hanya makan daging dan tanaman. Menunjukkan betapa suburnya kawasan Somalia.
Namun setelah beberapa tahun berlalu, mereka mula dijajah. Lihat sejarah penjajahan disini. Kemudian semasa didalam keadaan itu, rakyatnya pula berpecah. Berlaku huru-hara, dalam negara. Dan mungkin disebabkan itu, (hanya pendapat) Allah menghantar kemarau pertama kepada negara Somalia. Kemudian rakyatnya mula mengalami kesukaran. Tanaman kekeringan dan ternakan mati. Disitulah, rakyatnya mula belajar makan ikan. Namun, masih lagi perpecahan berlaku di negara itu. Perang puak-puak sesama sendiri. Negaranya terus dijajah, bersilih ganti. Kemudian pada kali ini Allah telah memberi lagi ujian kepada mereka dengan memberi kemarau kali kedua.
Dan begitulah cerita yang dikhabarkan kepada saya. (jika salah sila betulkan). Namun dengan dugaan yang diberikan kepada mereka. Tidak bermakna kita perlu berbangga dengan negara kita yang tidak seperti negara mereka.
Allah memberi dugaan tersebut mungkin kerana beberapa perkara (hanya pendapat sy).
1. Mahu menguji sensitiviti umat islam di negara lain. Samada masih lagi mengambil berat, soal saudaranya yang ditimpa musibah.
2. Memberi peluang kepada kita umat islam yang aman, agar mensyukuri nikmat Allah, dengan menolong umat islam yang lain.
Kenapa Somalia?
"Dalam banyak-banyak negara kenapa Somalia?" mungkin itu yang terlintas difikiran anda. Ya, saya faham, ramai lagi saudara kita diluar sana memerlukan bantuan. Ini adalah sebahagian sebab saya fokuskan.
1. Kemarau paling teruk
Somalia pernah menghadapi kemarau sebelum-sebelum ini. Namun kali dikatakan kemaraunya paling teruk dalam tempoh 60 tahun. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai penduduk Somalia mati akibat kemarau dan seramai 640,000 kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan. Setiap 6minit di Somalia akan berlaku kematian disebabkan kebuluran.Sama-sama kita lihat dan berfikir sejenak.
Ada sebahagian kisah yang saya dengar dimana seorang ibu bersama 5 orang anaknya berjalan menuju ke kem pelarian untuk mendapatkan makanan. Namun dalam perjalanan, satu per satu anaknya meninggal dunia. Akhirnya yang sampai ke kem pelarian itu hanyalah ibunya. Seorang.
2. Mereka Saudara kita
Majoriti negara Somalia, penduduknya beragama Islam. Hanya sikit sahaja yang beragama lain. Dalam laman web wikipedia mengatakan "Islam merupakan agama yang terbesar di Somalia, dengan kira-kiranya 100% penduduknya mengamalkan ajaran Islam. Mengikut jumlah statistik ini seluruh warga Somalia beragama Islam.". (disini kisah pasal islam di Somalia, mesti baca)
mampukah kita tetap dalam iman bila dilanda kesusahan? |
Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: "Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)".
(hadis ini dikatakan dhoif, namun maksudnya benar)
Dari Abu Hamzah, bahawa berkata Anas bin Malik r.a., Rasullullah s.a.w. bersabda:
"Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."
(Hadis sahih Riwayat Bukhari)
3. Lebih Utama
Jika mahu dibandingkan dengan negara islam yang lain. Keadaan di Somalia lebih memerlukan. Bukan saya kata hanya menderma di Somalia sahaja. Dermalah di tempat lain juga, tapi yang lebih utama ialah di Somalia. Di Palestin juga di bom baru-baru ini. Bukannya kita tidak endah pasal Palestin. Dermalah kepada Palestin, tapi jangan lupa saudara kita di Somalia juga.
Ada satu kisah benar yang diambil dari sahabat FB saya. Ketika memeriksa jenazah2 mangsa pengeboman Israel di Gaza semalam,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya.Ditanya kepada rakannya duit apa, "Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu saudaranya di Somalia". Malu lah kita disini yang aman, tidak mampu membantu mereka di Somalia. (kanak2 Palestin cukup hebat)
Kita Mati Kekenyangan, Mereka Mati Kebuluran
Dimanakah kita semasa mereka menghembus kekeringan nafas terakhir? Apa yang kita lakukan ketika mereka mengesot mencari secebis makanan? Mereka mati kelaparan, kebuluran. Kita mati dengan kekenyangan. Obesiti dan sebagainya. Malu lah kalian (termasuk saya).
Marilah menderma untuk mereka! Saya seru sekalian pembaca mari! mari! dan MARI! Saudara kita disana menderita! Yang kaya dihulurkan sebahagian harta kepunyaan Allah! Yang punya tenaga, dihulurkan segala usaha pergi membantu disana! Yang punya cakna dan peduli, mari sebarkan kesedaran buat mereka yang masih tidak tahu! Sumbang apa saja yang termampu! Allahuakbar!
Semoga kita menjadi hamba Allah yg bersyukur. |
Dengan ini saya sediakan satu medium dimana kita boleh membantu mereka di Somalia. Lihat di Poster atas. Haluan adalah satu badan NGO yang boleh dipercayai. Jika anda masih ragu-ragu, hubungi nombor yang tentera di dalam poster itu (tidak salah, jika mahu dipastikan). jika gambar diatas kurang jelas disini saya tunjukkan no akaun nya.
BIMB 14-023-01-002571-8 (HALUAN)
"Rasullulah adalah seorang yang pemurah dan lebih pemurah pada bulan Ramadhan".
(HR Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda tentang orang yang ingin melembutkan hatinya: "Jika engkau ingin melembutkan hatimu, berilah makan kepada anak yatim dan usaplah kepala anak yatim".
(HR Ahmad)
Sabdanya lagi "Dan sedekah boleh menghapus kesalahan sebagaimana air memadamkan api"
(Sahih At-targhib)
P/s buat para blogger diluar sana : Mari sebarkan Berita Somalia di blog-blog anda. Tulis artikel mengenai Somalia. Jika mahu copy artikel saya hendaklah dilinkkan kembali kepada saya, supaya sebarang kesilapan boleh dibetulkan. Kemudian bubuh poster seperti yang saya letak dibawah tu.
Khabarkan kepada mereka yang tidak tahu, merupakan salah satu usaha kita membantu mereka di Somalia.
diantara artikel mengenai Somalia
-Talian Hayat Pelarian Somalia
-Delagasi Erdogan: Luka Somalia Terubat
Sumber : http://mr-iq.blogspot.com/2011/08/somalia-menggamit-rasa.html